Mourinho Harap Man United Tahu Merendah Diri

JOSE Mourinho memuji pemain-pemainnya yang berjaya melebarkan kutipan mata dalam pertemuan menentang Chelsea pada Ahad.

Pengurus Manchester United itu berkata, kemenangan tersebut amat penting dalam memastikan kedudukan kedua liga.

“Anda hanya boleh menang dengan pasukan hebat dengan sikap merendah diri.

“Kami boleh bercerita mengenai taktik dan posisi serta sains bola sepak, tetapi untuk menang dengan mereka, sikap adalah sangat istimewa dan semua pemain telah menunjukkanya.

“Pada awal permainan, pemain agak buntu. Kami terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan posisi baharu serta keadaan padang.”Kami jaringkan gol dan pengakhiran yang sememangnya layak buat kami,” ujar Mourinho.

Pada perlawanan di Stamford Bridge itu menyaksikan United menang 2-1 ke atas tuan rumah menerusi jaringan Jesse Lingard dan Romelu Lukaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *