Mekap Boleh Habis RM10K, Hilang RM100 Dah Melalak – Elfira Loy Dikecam

Dalam keterujaan orang ramai, ada kisah sedih di sebalik kegembiraan pada malam majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura yang bertemakan Fairy Tale.


Pada malam itu, sejumlah wang yang disimpan Elfira Loy di dalam kenderaannya telah dicuri pekerja valet hotel di mana majlis berkenaan berlangsung!

 

Foto: IG Elfira Loy


Apa lagi, mengamuk la Elfira. Sedangkan RM10 pun kebanyakan kita dah resah gelisah, inikan pula RM100.

Apa yang membuat Elfira bertambah sakit hati, beberapa not RM1 tidak pula dipandang pencuri terbabit.

Menerusi video dimuat naik semula oleh Youtube Asal Artis, pelakon dan ahli perniagaan itu mendakwa ia merupakan kali pertama kejadian seumpanya berlaku membuatkan Elfira berasa sangat kecewa.

“Mungkin tak ada rezeki, tapi macam tak sangka yang valet hotel ini tidak boleh dipercayai,”
katanya.



 

 


Bagaimanapun, video berkenaan mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkan kejadian berpunca daripada kesilapan dan kecuaiannya sendiri.



Dalam masa sama, segelintir netizen menyalahkan tindakan Elfira itu yang dipercayai boleh memburukkan imej hotel terbabit.

 

Kesian El, ujian demi ujian harus dihadapi. Semoga dia tabah menghadapinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *