Launch Tudung Dekat Zouk – Kutuklah, Hajjah Neelofa Tak Peduli

Lancar tudung di kelab malam? Siapa yang akan terfikir bukan?

Namun bukan bagi Neelofa kerana pelancaran tudung keluaran terbaru Naelofar Hijab yang dinamakan #BeLofa ini telah berlangsung dengan jayanya di Zouk.

Foto: Facebook

Walaupun menerima hentaman dari pelbagai pihak yang tidak menyenaginya, namun selebriti kesayangan ramai ini mempunyai sebabnya yang tersendiri.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” katanya kepada Berita Harian Online.

Foto: Facebook

Selain majlis pelancaran tudung, Neelofa turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 29 di sana.

Majlis turut dihadiri oleh ibu dan adik beradiknya.

Di media sosial, ramai juga yang berkongsi kemeriahan suasana ketika majilis berlangsung.Tengok sahajalah sendiri:


Apa pun, semoga Neelofa semakin berjaya dalam bisnes dan karier

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *