“Kezaliman” Kerajaan Jadikan Pemimpin Pembangkang Kaya Raya

Kezaliman dan penindasan adalah modal yang digunakan oleh pihak pembangkang dalam melabelkan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Ayat kezaliman dimainkan kepada perkara yang remeh  dan ditularkan agar memperlihatkan kebenarannya.

Melalui perkara yang remeh ini lah, pembangkang terus melakukan hasutan terhadap rakyat dengan mengatakan itu lah kezaliman dan penindasan yang sedang dihadapi rakyat dari kerajaan. Tetapi pada masa yang sama kezaliman dan penindasan tersebut dilakukan oleh pembangkang terhadap rakyat.

Pengalihan isu ini amat biasa dilakukan, tetapi jika difikirkan  dari mata kasarnya, secara terang dan nyata dimanakah yang dikatakan kerajaan melakukan kezaliman dan penindasan tersebut. Sedangkan pada masa yang sama  kita melihat rakyat bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan.

Propaganda kezaliman dan penindasan ini terus dimainkan, rakyat yang kurang berfikir dan tidak mampu membezakan penindasan dan kezaliman akan terus diperbodohkan oleh kerajaan pembangkang.

Pihak pembangkang semahunya akan menjatuhkan kerajaan yang membela nasib rakyat dengan  melakukan helah pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat. Penyokong pembangkang kononnya mahukan kerajaan dijatuhkan hanya kerana ayat kezaliman dan penindasan. Tetapi apabila ditanya kembali apakah kezaliman dan penindasan yang telah kerajaan lakukan? Mereka tidak mampu menjawab kerana tidak ada sebarang kezaliman yang kerajaan BN lakukan. Ia hanya persepsi dan propaganda jahat pakatan diketuai DAP semata-mata.

Adakah kerajaan tidak menyediakan kemudahan dan keperluan rakyat  dan kerajaan terus merampas apa yang menjadi milik rakyat dan membiarkan rakyat menderita dengan tiada memberikan apa juga termasuk kemudahan kesihatan yang baik.

Mungkin penindasan atau kezaliman yang  dimaksudkan itu berkaitan dengan isu semasa, sebagai contohnya isu berkaitan GST, Felda, kenaikan harga barang-barang, 1MDB dan pelbagai cerita yang dibawa  oleh pembangkang.

Melalui isu yang dikatakan satu kezaliman kepada rakyat, pada masa yang sama  penyokong pembangkang juga gagal menerangkan dimanakah kezaliman yang melibatkan diri anda dalam isu tersebut.

Mungkin juga penyokong pembangkang boleh mengatakan bahawa kerajaan  yang sedia ada menghalang mereka melakukan ibadah di masjid dan tidak menyediakan ruang untuk beriadah kepada semua kaum.

Penyokong pembangkang boleh melihat disekeliling diri anda sendiri,  berapa banyak masjid dan rumah ibadat bukan islam dalam Negara ini dan mereka boleh mengamalkan kepercayaan masing masing tanpa ada  sekatan dari kerajaan.

Hal ini amat berlainan di negeri yang diperintah oleh pembangkan DAP di Pualau Pinang yang mana terus mengekploitasikan isu agama terutama agama Islam  sebagai satu bentuk gangguan  kepada masyarakat dan sebagai halangan kepada kemajuan.

Bukan itu sahaja, jika kita mahu berbicara soal kezaliman, sesungguhnya kezaliman yang di ceritakan oleh pemimpin pembangkang semuanya berkaitan dengan kekejaman yang mereka lakukan terhadap rakyat.

Segala rumah dan warung rakyat dirobohkan dan ada diantaranya tidak diberikan pampasan  langsung, dan  rampasan ini adalah bentuk penindasan terancang  sebagaimana Israel yang menghalau  penduduk Palestine di Semenanjung Gaza.

Mungkin juga kita lupa bahawa pemimpin pembangkang ada mengatakan bahawa kezaliman kerajaan  terhadap rakyat ialah apabila menghalang kebebasan bersuara. Betul atau tidak  sebagai manusia yang diberikan akal sudah pasti anda tahu jawapannya.

Di negara ini, ironinya, anda bebas menyatakan apa saja, melainkan ia jelas menyalahi undang-undang. Anda bebas mengkritik, mengutuk dan mempersoalkan kerajaan. Sebaliknya anda telah menyalahgunakan kebebasan bersuara ini.

Penyokong pembangkang dan juga pemimpin pembangkang menggunakan kebebasan bersuara ini sehingga satu tahap melakukan fitnah yang akan menghancurkan Negara. Hal ini termasuk memburukkan Negara serta menghina apa yang tidak sepatutnya dihina.

Kebebasan bersuara sebenarnya lebih jelas apabila akta ISA juga telah dimansuhkan. Adanya hukuman kepada yang memfitnah bukannya bermakna kerajaan menutup kebebasan bersuara. Di mana-mana negara pun, jika anda menfitnah anda akan dikenakan hukuman.

Apakah pemimpin pakatan serta penyokong mereka mahukan menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara “Koboi” yang mana peraturan hanya wujud dimuncung hukuman sendiri sahaja sebagaimana dilaungkan oleh pemimpin pembangkang “Rakyat Hakim Negara”.

Akhirnya penyokong terperangkap dengan impian yang tak nyata  dan terus menikmati “kezaliman” yang disediakan oleh kerajaan berbanding yang tidak disediakan oleh kerajaan pembangkang  yang kini sedang menghadapi defisit  hampir mencecah RM1billion.

Rakyat Malaysia hari ini. Mereka melihat sisi-sisi negatif kerajaan, dan apabila ditanya seperti soalan-soalan di atas tadi, mereka tidak dapat menunjukkan kezaliman-kezaliman kerajaan. Mereka hidup dalam ilusi dan persepsi semata-mata. Mereka akan tersedar apabila kita bertanya secara jelas.

Kepada rakyat yang sebegini, jika semuanya diberikan percuma sekali pun, mereka tetap tidak akan bersyukur. Maka bagaimana mereka mahu berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini telah melakukan pelbagai perkara yang baik untuk rakyat.

Jadi kezaliman kerajaan kepada rakyat hanya ilusi dan propaganda yang  samar, malah pada masa yang sama pemimpin pembangkang serta penyokong mereka terus menikmati “kezaliman” kerajaan serta terus mengumpul kekayaan hasil dari kemakmuran Negara.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *