Ibu Dua Anak Gantung Diri Di Pintu Bilik

Seorang wanita ditemui mati tergantung di pintu bilik rumah sewanya di Kampung Batu 9 Lekir, Sitiawan, semalam.

Memetik Harian Metro, mayat mangsa ditemui pada 12.30 tengah hari oleh jiran sebelum memaklumkannya kepada polis menerusi talian MERS 999.

Difahamkan, mangsa, 24, tinggal di rumah berkenaan bersama suami dan dua anak lelaki mereka.

Mangsa dipercayai menggunakan tali untuk menggantung dirinya, kata Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman.

“Ketika itu suami mangsa tiada di rumah sewa mereka kerana keluar bekerja.

“Tiada unsur jenayah, namun punca kejadian masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

” Punca kematian adalah kerana jerutan di leher akibat tergantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *