Guna Kad Kredit Untuk Pelepasan Sekatan Perjalanan

Apabila dalam keadaan yang terdesak atau kesuntukan masa, individu yang dikenakan sekatan perjalanan, penggunaan kad kredit merupakan jalan penyelesaian atau penyelamat sementara.

Langkah pertama yang boleh mengesahkan individu pembayar cukai tersebut mempunyai hutang tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) adalah dengan menyemak di laman sesawang http: http://sspi.imi.gov.my/sspi/

Individu hanya perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan terdapat jumlah hutang tertunggak dengan LHDNM yang akan dipaparkan.

Langkah kedua adalah dengan melakukan pembayaran secara sepenuhnya atau separuh dengan menggunakan kad kredit VISA, Master Card atau American Express yang dikeluarkan di Malaysia menerusi kemudahan elektronik di laman sesawang ByrHasil di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/

Bayaran sebanyak 0.80% sebagai caj pentadbiran akan dikenakan apabila membuat bayaran menggunakan Kad Kredit.

Manakala kemudahan bayaran ansuran juga dibolehkan apabila mulai tahun 2015, LHDNM dengan bank yang dilantik memperkenalkan Ezypay dengan Caj Pentadbiran Pengeluar Kad yang lebih kompetitif.

Ansuran menggunakan Ezypay selama 6 bulan dan 12 bulan adalah tertakluk kepada amaun minimum RM1,000 dan amaun maksimum RM500,000. Walaubagaimana pun Ezypay hanyalah untuk pemegang kad kredit Maybank sahaja.

Langkah ketiga adalah dengan mambawa bukti pembayaran ke cawangan yang mengendalikan fail cukai pembayar cukai tadi dan surat pembatalan atau pelepasan sementara akan dikeluarkan kepada pembayar cukai.

Maka dengan pembayaran tadi, LHDNM akan mengemaskini rekod di Jabatan Imigresen Malaysia berdasarkan pelepasan sementara atau sepenuhnya yang akan diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *