Elaun SL1M Naik Ramai Graduan Dapat Kerja

ORANG Muda dekat dihati pentadbiran negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan elaun Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sebanyak RM500 berbanding RM1,500 sebulan baru-baru ini.

Menerusi temuduga terbuka SL1M, sebanyak 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan. Rakyat Malaysia amat beruntung memandangkan kerajaan Barisan Nasional mendokong kepentingan anak-anak muda dengan memberi peluang saksama kepada rakyat.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata hampir 140,000 graduan di negara ini mendapat pekerjaan menerusi SL1M yang dilancarkan pada Jun 2011.

SL1M ialah satu daripada langkah intervensi kerajaan bagi memastikan lebih ramai graduan menganggur mendapat pekerjaan dengan menjalani latihan pekerjaan merangkumi aspek komunikasi, kemahiran berfikir, mempunyai sifat profesional, penyesuaian dalam organisasi serta berketrampilan.

Individu yang menjalani latihan dalam tempoh setahun yang disediakan SL1M terbukti memberi impak positif serta memastikan mereka mempunyai persekitaran bekerja yang kondusif.

Melalui SL1M, syarikat yang menyertai program ini mendapati pencari kerja mempunyai prestasi dan kemahiran baik, yang mana mereka akan diserap terus ke dalam syarikat berkenaan.

Negara kita sememangnya amat makmur dan bertuah dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *