Ekspo Terengganu 2018: Tidak Benar Warga Besut, Setiu Tidak Layak Sertai Cabutan Bertuah

Tular menerusi aplikasi Whatsapp mesej yang mengatakan rakyat di daerah Besut dan Setiu yang dilahirkan di HUSM Kubang Kerian atau Hospital Kota Bharu tidak layak menyertai cabutan bertuah sempena Ekspo Terengganu 2018 kerana tidak diiktiraf sebagai rakyat Terengganu yang sah.

Dakwaan itu mengarut dan tidak benar sama sekali.

Jurucakap Ekspo Terengganu berkata, pihaknya sedia maklum mengenai penyebaran mesej palsu tersebut dan mengambil langkah segera dengan menampal kenyataan di kaunter pendaftaran bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Di pintu masuk pendaftaran memang telah dimaklumkan pemegang alamat IC Besut dibenarkan utk hadiah utama sebagaimana yang lahir di Negeri Terengganu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan mesej tular itu kerana kerajaan negeri tidak pernah mendiskriminasikan rakyat di semua daerah di Terengganu.

 

-terengganu.news

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *