Cincin Besi Tersangkut Pada Kemaluan Warga Emas

Seorang warga emas terpaksa menahan kesakitan selama setengah jam selepas cincin besi tersangkut pada kemaluannya, lapor The Star.

 
Lelaki berusia 60 tahun itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang selepas dia gagal menanggalkan cincin berkenaan kira-kira jam 10 pagi, semalam. Bagaimanapun, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan cincin berkenaan.

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan anggota dari Jalan Perak dikerahkan ke hospital terbabit bagi membantu mengeluarkan cincin berkenaan menggunakan alat pemotong khas.
 
“Kami mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi mengeluarkan cincin itu,” katanya.
 

Jurucakap berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana cincin itu tersangkut pada kemaluan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *