[VIDEO] Padah Kencing Butang Lif, Lelaki Terperangkap Dalam Lif

Tindakan tidak senonoh seorang remaja yang sengaja melakukan khianat akhirnya mengudang padah apabila dia terperangkap di dalam sebuah lif.

Menurut laporan sebuah portal, kanak-kanak lelaki itu dirakam membuang air kecil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dalam kejadian Jumaat lalu di Wilayah Chongqing, China.

Menerusi video, dia pada mulanya dilihat bersendirian sebelum bertindak membuka seluarnya dan terus ‘membidik’ pancutkan air kecilnya pada butang lif.

Selesai berbuat demikian, dia menutup zip seluarnya dan bersedia untuk keluar dari lif tersebut. Namun pintu lif hanya terbuka sedikit sahaja sebelum kembali tertutup rapat.

Lampu butang-butang lif itu kemudian dilihat mengalami masalah atau ralat, termasuk lampu lif yang tak berhenti berkelip-kelip.

Terkejut dan takut dengan insiden itu, kanak-kanak terbabit segera menekan butang kecemasan untuk meminta bantuan sebelum lampu lif terpadam meninggalkan kanak-kanak itu dalam kegelapan.

Kanak-kanak itu akhirnya bernasib baik selepas dia berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Perbuatan kanak-kanak nakal itu terbongkar apabila pihak penyelia bangunan menonton semula rakaman CCTV,manakala orang ramai mengatakan apa yang berlaku itu adalah balasan untuknya yang tergamak menganiaya orang lain!

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *