[VIDEO] Hujan Batu Yang Lebat Melanda Madinah

Fenomena hujan batu yang lebat di Madinah telah mengakibatkan beberapa kemalangan berlaku dan juga turut merosakkan beberapa kereta.

Hujan dan ribut yang melanda Arab Saudi dikatakan turut menyebabkan orang ramai bersembunyi dan meminta pihak berkuasa untuk menangguhkan sesi persekolahan dan kolej bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Menurut Saudi Gazette Report, Jabatan Meteorologi dan Perlin­dungan Alam Sekitar Arab Saudi mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di Madinah dan meramalkan ribut petir akan berterusan dan turut membawa angin serta debu.

Selain Madinah, beberapa kawasan lain turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut se­perti di Mekah, wilayah Dawadmi dan Al-Baha.

Sementara itu, kawasan Al-Jouf, Sakaka, Domat Al-Jandal, Zallum, Sawyer, Al-Adharea, Khu’aaa dan Adhfaa pula mene­rima hujan lebat bermula Jumaat sehingga pagi semalam.

Kawasan-kawasan lain seperti pinggiran Dammar, Al-Khobar, Qatif, Ras Tanura, Jubail, Kafji dan Hafr Al-Batin pula hanya mengalami hujan renyai.

Kawasan Jeddah dan Riyadh hanya mengalami cuaca mendung pada hari Sabtu namun jurucakap Kementerian Pertahanan Awam Riyadh, Arab Saudi, Muhammad Al-Hammadi mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan keselamatan dan garis panduan yang ditetapkan sekiranya berlaku hujan lebat.

Darjah penglihatan juga akan menurun di wilayah timur dan selatan Riyadh sehingga Najran.

Pihak berkuasa pada Ahad berkata, suhu turut menurun di kawasan utara dan tengah negara itu.

Ia turut melanda Aseer dan penglihatan terhad kurang daripada dua kilometer.

Dalam pada itu, amaran telah dikeluarkan bahawa ribut pasir akan berlaku di Najran sepanjang hari dan akan menyebabkan penglihatan terhad.

 

[KGVID]http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2018/02/hujan-batu-.mp4[/KGVID]

 

[KGVID]http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2018/02/hujan-batu-di-madinah.mp4[/KGVID]

 

 

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *