Robert Kuok Sama Dengan DAP Benci Melayu?

ROBERT Kuok dilihat sebagai seorang chauvanist yang anti Melayu sama seperti parti DAP. Kuok terlalu bongkak dan angkuh dengan semangat kecinaannya. Beliau tidak teragak-agak untuk mengatakan begitu dalam memoirnya, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP):

Orang Cina di luar negara membuat sumbangan besar kepada Asia Tenggara. Mereka adalah wira-wira tanpa nama di rantau ini: lelaki dan wanita miskin yang berhijrah dan menyerang jalan ke hutan, mengakses kekayaan balak; Pekerja Cina yang menanam dan menoreh getah, yang membuka lombong timah, yang menjalankan kedai runcit kecil. Ia adalah pendatang Cina yang menangani tugas Herculean ini, dan mewujudkan ekonomi baru di sekeliling mereka. Orang Cina yang membantu membina Asia Tenggara. Orang India juga memainkan peranan besar, tetapi orang Cina adalah kekuatan dominan dalam membantu membina ekonomi.

Majoriti orang Cina di luar negara adalah orang-orang yang bermoral dan beretika yang mempraktikkan cara yang adil dan memiliki sifat perkadaran. Saya akan mengakui bahawa jika mereka benar-benar tidak mempunyai wang, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan modal pertama mereka. Tetapi apabila mereka mempunyai modal, mereka berusaha keras untuk bangkit dari masa lalu dan memajukan reputasi mereka sebagai ahli perniagaan etika yang benar-benar bermoral. Mengapa orang Cina di luar negara bertahan, menyesuaikan diri dan berkembang di Asia Tenggara? Saya katakan jawapannya terletak pada kekuatan kebudayaan Cina yang hebat. Apabila mereka meninggalkan tanah air mereka, Cina di luar negara mengekalkan budaya China di sumsum tulang mereka.

(SCMP, 26 November 2017. http://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/2121085/chinese-most-amazing-economic-ants-earth-robert-kuok-memoirs)

Suara hati Robert Kuok selari dengan tradisi parti DAP yang dilihat anti-Umno atau anti-Melayu. Cina DAP mengulangi dalam media sosial kononnya orang Cina yang membangunkan Malaysia, dan jika tidak kerana orang Cina, Malaysia masih menjadi hutan dan orang Melayu masih hidup atas pokok.

Buat pengetahuan semua rakyat Malaysia, Robert Kuok tidak akan menjadi usahawan berjaya seperti hari ini jika tidak kerana bantuan kerajaan. “Kunci” untuk masa depan yang lebih baik diperlukan untuk membolehkan seseorang itu menjadi kaya.

Siapa yang memberi “anak kunci” sehingga beliau dapat memonopoli (industri) beras dan gula suatu ketika dulu? Beliau memang ada semangat keusahawanan, rajin, tekun dan berdisiplin tetapi itu tidak mencukupi. Mana-mana individu memerlukan kunci dan kunci inilah melalui dasar kerajaan, membuka peluang dan ruang kepada beliau.

Monopoli Kuok dalam industri gula di Malaysia membuatkan dirinya digelar sebagai “raja gula”. Individu terkaya di Malaysia ini, kini tinggal di Hong Kong.

Inilah yang dilaporkan oleh Straits Times (Singapura) pada 4hb Disember 2017:

Dalam buku itu, Encik Kuok mengkritik secara jelas dasar layanan istimewa pada Bumiputera di Malaysia, dan berkata beliau telah membuat satu “cubaan kuat untuk mempengaruhi perjalanan sejarah” negara tetapi gagal.

“Kereta api negara telah diletakkan di landasan yang salah,” tulis Kuok, merujuk kepada mesyuarat persendirian pada September 1975 dengan bakal Perdana Menteri Hussein Onn . Semasa pertemuan itu, Tun Hussein berkata beliau tidak boleh “menjual formula saya (Mr Kuok)” untuk menghapuskan dasar pro-Melayu “kepada rakyatnya”.

Menurut sumber Raja Petra, Robert Kuok didakwa menyalurkan dana kepada DAP melalui anak saudaranya, James Kuok. Perkara ini mengundang kegemparan dikalangan parti chauvanist tersebut.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyifatkan dakwaan Malaysia Today bahawa parti itu menerima sumbangan dana daripada Robert Kuok sebagai “berita palsu”.

Lim Kit Siang menyatakan selama 53 tahun dalam politik, beliau tidak menerima walau satu sen pun daripada Robert Kuok, sama ada melalui James Kuok atau orang lain. Benarkah?

Raja Petra dalam tulisan di blognya Malaysia Today 23 Februari lalu mendakwa James menjadi “orang tengah” antara Robert yang kini berpangkalan di Hong Kong dan sejumlah pemimpin DAP bagi mendanai rancangan parti itu untuk menjatuhkan BN.

Raja Petra yang kini tinggal di United Kingdom turut menyertakan gambar James bersama-sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan sebuah gambar lagi bersama Datuk Zaid Ibrahim di restorannya.

Semalam James menafikan menyalurkan apa-apa dana kepada DAP, sama ada daripada bapa saudaranya atau dirinya sendiri.

Buat masa sekarang memang DAP bersama James menafikan penglibatan mereka dalam dana yang digunakan dalam cubaan mengulingkan kerajaan. Namun sekiranya bukti kukuh dapat diberi dalam masa terdekat maka sudah tentu ianya tidak akan dapat disangkal lagi oleh golongan yang anti Melayu dan anti Islam ini.

 

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *