Ragut Warga Emas, Penagih Dua Beradik Berjaya Dicekup

Hanya sempat berjoli guna sebahagian wang hasil ragut sebelum dua beradik yang meragut warga emas di Kota Bharu, berjaya ditahan polis.


Suspek yang masing-masing berumur 33 dan 22 tahun itu ditahan di Jalan Bayam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Foto: Astro Awani

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, 


ihak polis di bilik gerakan menerima maklumat dipercayai kejadian ragut berlaku melibatkan seorang mangsa wanita berusia 72 tahun oleh dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Pesona berwarna hitam.


“Bertindak atas maklumat itu, polis melancarkan operasi dan menyerbu sebuah rumah di Jalan Bayam sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan.”


Astro Awani melaporkan, polis turut menemui beg tangan mangsa yang mengandungi kad pengenalan serta sebahagian dari jumlah wang yang dilarikan.


Video rakaman CCTV yang menyaksikan kejadian ragut itu sebelum ini sudah menjadi tular di media sosial.



Tambah sumber, suspek menggunakan kereta milik mentuanya untuk melakukan kegiatan ragut tersebut.


“Ujian awal urin terhadap kedua-dua suspek didapati mereka positif dadah jenis metamphetamine.


“Semakan terhadap suspek utama yang berusia 33 tahun mendapati dia mempunyai rekod kesalahan curi dan dua kes membabitkan penagihan dadah.” 


Mangsa dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *