PPBM Punca Pembangkang Tiada Logo Yang Sama

Parti pembangkang jangan salahkan kerajaan sebagai sebab pendaftaran gabungan Pakatan Harapan (PH) lambat diluluskan kerana punca ia datang dari dalam pakatan itu sendiri.

Takkan parti dalam blok pembangkang tidak tahu parti mana yang buat pasal sampai semuanya tertangguh. Parti yang baru menyertai mereka sebelum PPBM adalah punca terbesar kenapa pendaftaran mereka masih tidak boleh diluluskan lagi. Kalau dulu, isu berkaitan mesyuarat agung yang tidak diadakan.

Sekarang, masalah aduan yang dibuat oleh ahli-ahli akar umbi PPBM yang dilanda banyak masalah. Parti yang dipengerusi oleh Mahathir Mohamad itu sebelum ini gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) biarpun selepas setahun. Sudahlah gagal, parti itu sesuka hati menangguhkan AGMnya.

Difahamkan PPBM melanggar tiga perkara dalam Perlembagaan partinya yang mirip UMNO. Selepas sudah kantoi, PPBM tergesa-gesa dengan cepat mengadakan AGM mereka pada 30 Disember tahun lepas. Selepas AGM berkenaan selesai, muncul 400 ahli akar umbi parti itu membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mereka tuduh perhimpunan itu tidak sah. Disebabkan perkara-perkara ini, PPBM menyebabkan pendaftaran pakatan berkenaan tertangguh.

Pada 7 Februari lepas, ROS ada menerima 47 aduan daripada ahli parti itu yang mendakwa parti telah melanggar ketetapan Perlembagaan mereka sendiri dalam AGM yang diadakan pada 30 Disember itu. Disebabkan salah sendiri, PPBM dikatakan akan mengheret ROS ke mahkamah untuk mendapatkan semakan kehakiman kerana proses pendaftaran mereka.

Oleh kerana mempercayai Mahathir mampu mengubah masa depan pembangkang kononnya bakal menang pada PRU14 nanti bersama-sama parti Mahathir, semuanya terbantut dan sudah lenyap. Dengan hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi menjelang PRU nanti, adakah pendaftaran PH akan disiapkan dan diluluskan oleh ROS.

Bagi DAP, PPBM penting kerana mereka sudah mengaku mempergunakan Mahathir untuk mendapatkan undi Melayu bagi menghadapi pilihan raya ini. Mereka percaya pengaruh Mahathir ketika jadi Perdana Menteri selama 22 tahun akan dapat membantu mereka menang PRU14.

Jika parti lain marah dan tidak puas hati dengan PPBM, tidak mustahil DAP akan bersungguh-sungguh mempertahankan PPBM kerana mereka mahu Mahathir. Kalau PPBM dibatalkan pendaftarannya oleh ROS, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pasti bersedia untuk menawarkan logo mereka untuk digunakan oleh Mahathir dan calon PPBM.

Barisan Nasional (BN) tidak boleh pandang ringan drama PPBM dan ROS ini kerana Mahathir adalah individu yang penuh muslihat dan mereka sebenarnya mungkin sedang merancang sesuatu. Mungkin Mahathir dan calon PPBM sebenarnya ingin bertanding di bawah tiket DAP kerana jika dengan PPBM, mustahil mereka ada peluang yang besar mahu menang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *