Pelakon Bollywood Sridevi Meninggal Dunia

Dunia dikejutkan dengan kehilangan aktres lagenda bollywood apabila Sridevi yang dikenali ramai merupakan pelakon Filem English Vinglish disahkan meninggal dunia semalam.

Beliau sebelum ini dikatakan pernah melakonkan berapa lagi watak lagi dalam filem Mr. India,Nagina dan Gumrah.

Sridevi atau nama sebenar beliau Shree Amma Yanger Ayyapan itu mengalami serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Emiriah Arab Bersatu.

Ikon Bollywood Sridevi Kapoor disahkan meninggal dunia di Dubai pada usia 54 tahun, pada Sabtu. Perkara itu disahkan abang iparnya, Sanjay Kapoor.

Suaminya, Boney Kapoor, dan anaknya, Khushi, dilaporkan berada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir.

Sridevi memulakan karier gemilangnya ketika berumur empat tahun dengan memegang peranan dalam filem Tamil, Thunaivan.

Pada 2013, kerajaan India menganugerahkannya dengan Padma Shri – penghormatan keempat tertinggi untuk orang awam.

Pemergiannya aktres yang berusia pertengahan 50an itu turut diratapi oleh semua peminat dan barisan pelakon Bollywood yang lain.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *