Pakatan Gunakan Usop Wilcha Pula

Taktik Pakatan Harapan menggunakan artis suam-suam kuku bukanlah menjadi baharu lagi, ia seolah-olah sudah menjadi perkara wajib menjelang pilihan raya umum apabila baru-baru ini pelakon filem Usop Wilcha, Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri digunakan pula dalam berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan gabungan pembangkang itu menguasai Putrajaya.

Tiada apa yang mencurigakan kerana sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membolehkan sesiapa sahaja untuk bertanding dan mewakili mana-mana parti, sekalipun tidak mahu bertanding tanpa mewakili mana-mana parti pun, jangan berharap kepada air liur sahaja.

Adakah Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini cuba menggunakan artis untuk meraih undi? Seakan-akan setiap kali menjelang pilihan raya ini artis seolah mendapat habuan tinggi daripada pembangkang semata-mata untuk mendapat sokongan dan undi.

Sejarah juga sudah menunjukkan nasib yang menimpa beberapa artis yang dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali kepada dunia seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat mereka.

Sebelum ini, Juara Gegar Vaganza 4, Aishah dikatakan mahu Pakatan Harapan (PH) tidak menggunakan artis semasa kempen sahaja tetapi mahu wakil anak seni sebagai pemimpin sekiranya memenangi PRU-14.

Beliau juga dikatakan tidak mahu Pakatan lupakan para artis bila sudah memerintah. Janganlah masa kempen sahaja ajak artis. Bila sudah memerintah ada bajet, lupakan mereka.

Contoh jelas pada PRU13 yang lalu, golongan artis hanya digunakan untuk berceramah tetapi kemudiannya nasib mereka langsung tidak dipedulikan. Inikah yang dinamakan membela nasib mereka yang hanya dipergunakan sahaja?

Jangan menjadi perkakasan parti pembangkang yang kini terdesak untuk meraih populariti menjelang PRU14.

Malah parti itu nak buat Mesyuarat Agong pun tak mampu bagaimana nak diharapkan untuk mentadbir negara? Ini yang dikatakan berjaya?

Justeru, Pakatan hanya mahu guna populariti artis itu sahaja untuk bahan kempen mereka,sebaliknya agenda mereka hanyalah mahu menyerang kerajaan demi kepentingan politik.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *