Lepas Rogol Beramai-ramai, Kemaluan Wanita Dirodok Batang Besi!

Seorang wanita ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat sebahagian usus kecilnya terkeluar selepas dirodok batang besi dalam kejadian rogol beramai-ramai.

Memetik METRO, wanita dalam lingkungan usia 20-an itu ditemui di bawah jambatan di selatan Dinajpur, India.

Mangsa dipercayai dibiarkan seorang diri menahan sakit di situ selama 18 jam sebelum ditemui seseorang yang kebetulan melalui di kawasan itu.

Menurut polis, kejadian berlaku pada hujung minggu lalu ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari pesta di mana mangsa dirogol beramai-ramai sebelum kemaluannya dirodok dengan batang besi.

Lelaki yang menemui mangsa, Dhamu Soren berkata kepada Hindustan Times bagaimana dia menemui wanita itu.

“Saya perasan wanita itu terbaring tidak sedarkan diri. Dia sedar sebaik sahaja saya merenjis air ke mukanya.

“Ketika itu, saya ternampak sebahagian ususnya terkeluar dari kemaluannya.

“Mangsa memberitahu yang dia diculik sebelum dirogol beramai-ramai di sebuah tempat sunyi sebelum merodok kemaluannya dengan batang besi,”¬†katanya.

Menurut laporan, mangsa bertindak balas dengan baik selepas menjalani pembedahan dan diberi rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *