Kes Sembilan Askar Rogol Gadis : Mangsa Disahkan Hamil 9 Minggu

Baru-baru ini, sembilan tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Hasil siasatan susulan kejadian tersebut , polis Johor mengesahkan gadis berusia 17 tahun tersebut hamil didakwa dirogol sembilan suspek berkenaan.

“Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa,” kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd seperti dipetik Harian Metro hari ini.

Beliau berkata kesemua sembilan suspek direman sehingga 1 Mac ini.

Kesemua suspek dari Kem Mahkota, Kluang, ditahan selepas mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kluang 22 Februari lalu.

Suspek yang berusia antara 19 hingga 24 tahun didakwa merogol mangsa di Kluang pada Disember lalu.

Bernama hari ini pula memetik Mohd Khalil sebagai berkata polis akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara pada kadar segera.

Beliau juga berkata ia disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol berkumpulan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.

Difahamkan,laporan sebelum ini menyatakan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *