Ingatkan Brek, Warga Emas Rempuh Kaunter Hospital

Lelaki warga emas merempuh kaunter Hospital Kuala Kangsar dipercayai tersilap menekan pedal minyak yang disangkakan brek.


BH Online melaporkan, kejadian jam 8 malam tadi menyebabkan kaunter saringan penyakit Jabatan Pesakit Luar di hospital berkenaan mengalami kerosakan serius.

Sebelum kejadian, lelaki lingkungan usia 70-an itu baru selesai menerima rawatan di Jabatan Trauma dan Kecemasan (JTK) dan mahu mengalihkan kenderaannya yang diletakkan dalam petak parkir orang kurang upaya (OKU) di situ.


Difahamkan, warga emas itu tidak sengaja terundur PROTON Exoranya yang diparkir bersebelahan kaunter berkenaan.


Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berikutan kaunter berkenaan ditutup ketika kejadian kerana hari minggu.


Menurut pengawal keselamatan bertugas Abdul Hamid Ali, 60, lelaki terbabit yang dipercayai datang ke hospital sendirian kelihatan trauma selepas kejadian.



Foto: BH Online

“Saya rasa beliau mungkin tersilap tekan pedal minyak yang disangkakan brek kerana rempuhan berlaku sekelip mata sehingga mengakibatkan kerosakan serius pada dinding kaunter diperbuat daripada gentian aluminium dan kaca itu.

“Kereta terbabit juga didapati memasuki separuh daripada bahagian kaunter itu yang lantainya lebih tinggi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *