Ekspo Terengganu 2018: 30 Ribu Pengunjung Di Hari Pertama

Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak mencatat kehadiran pengunjung yang membanggakan apabila hampir 30,000 menyerbu karnival yang julung-julung diadakan itu.

Menurut urusetia program, orang ramai mula membanjiri tapak ekspo seawal jam 8 pagi dan lokasi yang paling mendapat perhatian iaiah peraduan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan iaitu sebuah rumah dan tanah selain kereta dan motosikal serta pelbagai lagi yang keseluruhan bernilai lebih RM1.5 juta.

Bermacam acara menarik diatur untuk pelbagai peringkat umur dan memaparkan kisah kejayaan dan pembangunan yang dicapai oleh negeri Terengganu.

Selain itu ekspo turut menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu rakyat yang masih mencari kerja terutamanya golongan muda.

Karnival yang bermula hari ini sehingga 3 Mac mensasarkan kehadiran 500,00 namun ramai beranggapan jumlah pengunjung boleh mencecah 800,000 orang jika diambil kira hari hujung minggu. – Terengganu.news

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *