Disebalik Mimpi Ngeri ‘Skuad Berahi’ Korea Utara

 

Tumpuan rakyat Malaysia kali ini terhadap sukan Olimpik musim sejuk ini sedikit berbeza berbanding temasya tahun-tahun yang lalu memandangkan dua atlet negara turut bertanding dalam kejohanan kali ini.

Pasti ramai sedia maklum bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk sedang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan sejak 9 Februari lalu dan akan berakhir hari ini.

Atlet peluncur ais negara, Julian Yee dan peluncur alpine ski, Jeffrey Webb berjaya layak ke temasya Olimpik musim sejuk sekaligus menjadikan penyertaan Malaysia buat kali pertama di kejohanan itu.

Turut menarik perhatian seluruh dunia ialah penyertaan Korea Utara ke dalam Olimpik kali ini memandangkan ia dijalankan di ‘kandang musuh’ mereka iaitu di Korea Selatan.

Selain atlet Korea Utara yang bertanding, turut mencuri tumpuan adalah pasukan sorak negara tersebut yang meriah dengan cara sorakan yang seragam dan berdisiplin.

Bagaimanapun, terdapat ‘sisi gelap’ dalam kemeriahan dan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh pasukan sorak negara tersebut.

Ini berikutan beberapa bekas ahli pasukan sorak rasmi Olimpik Korea Utara tampil dengan pengakuan bahawa mereka telah dipergunakan sebagai hamba seks bagi memenuhi nafsu pegawai-pegawai tinggi rejim Kim Jong-un.

Memetik laporan sebuah portal, pasukan yang juga dikenali dengan nama ‘Skuad Berahi’ dikatakan terpaksa melakukan aksi seks terhadap pemimpin parti ketika menghadiri upacara Olimpik.

Menurut Lee So-yeon, seorang warga Korea Utara yang pernah berkhidmat sebagai ahli muzik dalam pasukan tentera di bawah rejim Kim Jong-un mendedahkan ramai di antara mereka masih trauma selepas melalui mimpi ngeri itu.

“Pasukan ini akan dihantar ke acara-acara Olimpik untuk melakukan persembahan. Tetapi di sebalik itu, mereka juga dipaksa hadir ke majlis dan parti untuk memberikan khidmat seks.

“Selain itu, kepimpinan pusat atau Central Politburo akan mengadakan majlis setiap hari dan wanita-wanita ini kehendaki hadir dan dipaksa tidur bersama.

“Wanita-wanita ini akan disuruh menanggalkan pakaian dan dilayan seperti objek. Mereka tidak berhak bersuara dan hanya lakukan apa yang disuruh,” kata So-yeon.

So-yeon kini menetap di Korea Selatan selepas melarikan diri daripada negara tersebut pada 2008.

Tambahnya, pegawai yang dilantik untuk ke temasya tersebut akan memerhatikan gerak-geri wanita-wanita ini sepanjang masa, walaupun untuk ke tandas.

Kriteria yang diperlukan untuku menyertai pasukan ini adalah mereka sekurang-kurangnya berketinggian 160cm dan mempunyai rupa yang cantik.


-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *