Siti Hasmah Pun Tahu Mahathir Tak Layak Jadi PM Lagi

SEORANG lelaki tua yang berumur hampir 100 tahun sudah tentu tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Hanya orang kurang waras sahaja akan mencalonkan beliau. Itu adalah fakta yang tidak boleh disangkal.

Oleh itu, apabila Pakatan Harapan diketuai DAP mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pilihan mereka sekiranya pembangkang menang merupakan satu tindakan yang tidak siuman.

Malah isteri beliau sendiri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tahu bahawa Mahathir tidak lagi layak menjadi PM.

Ketika nama suaminya diumumkan sebagai calon pm jika Pakatan pembangkang berjaya mengetepikan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, air mata Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menitis tiba-tiba.

Katanya dia berasa sedih apabila mendengar pengumuman berkenaan yang dibacakan Ketua Setiausaha pakatan Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam temu bual bersama akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News, Dr Siti Hasmah berkata kesedihan itu tercetus kerana dia sedar suaminya Mahathir bukan lagi berusia 56 tahun seperti detik beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1981.

Apabila Mukhriz gagal memenangi beberapa jawatan penting yang dipertandingkan dalam UMNO, Mahathir menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan-jawatan tersebut penting bagi membolehkan Mukhriz mengorak langkah untuk menjadi PM.

Perkara inilah yang dikatakan mendorong Mahathir meninggalkan parti yang pernah diterajuinya selama lebih dua dekad dan kini bergabung dengan pembangkang dalam Pakatan walaupun beliau berkali-kali menghina Lim Kit Siang dan DAP.

Siti Hasmah mendedahkan, beliau mengadakan “mesyuarat kabinet” sendiri setiap Rabu bagi meneliti jadual Mahathir bagi mengelakkan suaminya terbeban melampau. Orang yang dah berumur hampir 100 tahun sudah tentu tidak berdaya lagi dalam kebanyakkan perkara.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *