Mahathir Kenapa Tak Bising Pengamal LGBT Cemarkan Negara Dengan Kondom?

Kegagalan kempen hari tanpa beg plastik setiap hari yang dicadangkan oleh kerajaan PKR itu dilihat gagal apabila badan pengguna juga melihat caj yang dikenakan ke atas beg plastik itu tidak membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, sebaliknya lebih membebankan rakyat.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) , Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil juga sebelum ini mempersoalkan ke mana perginya hasil kutipan 20 sen yang dicaj peniaga kepada pengguna bagi satu beg plastik.

Pihak tersebut dikatakan tidak menerima satu sen pun daripada mana-mana syarikat yang mendakwa akan menyumbangkan wang kutipan beg plastik kepada badan-badan bukan kerajaan serta aktivis alam sekitar

Bayangkan sekiranya mereka (peniaga) dapat kutip 20 sen daripada 1,000 beg plastik, mereka dapat RM200. Itu baru satu hari untuk satu pasaraya, kalau sebulan?

Malah, kerajaan negeri Selangor dikatakan telah mengutip RM1.87 juta daripada orang ramai menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik sejak melaksanakan kempen ‘Bebas Beg Plastik’ bermula 1 Januari 2017 hingga 31 Mei 2017.

Apabila melihat kegagalan itu berlaku, adalah lebih baik jika memberikan ia secara percuma sahaja daripada membebankan rakyat tetapi hasilnya sama sahaja.

Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Satim Diman turut mencabar kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya membina kilang plastik kepunyaan kerajaan negeri Selangor sendiri tanpa mengenakan caj tambahan 20 sen kepada penduduk negeri itu.

Ini sudah beli barang, ditanya pula nak beli plastik atau tidak, kalau mahu 20 sen. Inikah dikatakan membantu rakyat?

Bila ‘dijentik’ sedikit mengenai cara pentadbiran mereka, mulalah jadi seperti cacing kepanasan, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menunding jari ke pihak lain pula dengan dakwaan cuba mencemarkan alam sekitar kerana ‘memerli’ mereka dengan menawarkan mahu beri beg plastik percuma.

Kenapa tidak bising pula pengamal LGBT cemarkan bandar dengan kondom? Lebih-lebih lagi dikatakan sebelum ini ada pemberian kondom percuma yang didakwa dibekalkan di bawah skim Peduli Sihat khas untuk warga Selangor.

Sebelum ini Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq menimbulkan polemik dengan membuat dakwaan bahawa remaja pada zaman ini semakin bebas dan perlu diajar cara-cara mengamalkan seks selamat supaya tidak mengandung.

“Jangan mendiskriminasi masyarakat gay, kerana mereka diberkati dan indah sepertimana insan lain di bumi,” kata Syed Abdullah sambil menggesa perubahan kerajaan Malaysia agar pasangan gay boleh hidup dengan aman.

Tindakan menghalalkan yang haram atas kepentingan politik bukanlah perkara yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Hal ini tidak pula mencemarkan alam dengan kondom-kondom apabila kebebasan seks cuba dihalalkan?

Syed Saddiq dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia berkenaan komen beliau di Twitter. Beliau dilihat sebagai lari dari ajaran Islam apabila menggalakkan penggunaan kondom atas alasan amalan seks selamat untuk mencegah pembuangan bayi dan penyakit kelamin.

Sepatutnya sebagai seorang yang beragama Islam mereka tidak menyokong sebarang amalan seks bebas memandangkan ianya satu dosa besar yang dilarang sama sekali.

Adakah semua perkara tersebut menjadi kecil sejak mereka bekerjasama dengan parti DAP? Jika benar, maka umat Islam kini berada dalam bahaya.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *