Kit Siang Sahkan 1MDB Hanya Cerita Rekaan Politik Kebencian DAP

Fitnah dan pembohongan apakah lagi yang akan diciptakan setelah cerita hikayat 1MDB diakui adalah satu rekaan dan pembohongan semata mata oleh de facto Lim Kit Siang apabila  Mahkamah memfailkan Interim Injuksi kepada Tony Phua.

Itu baru satu yang “terlepas cakap” oleh Kit Siang berkaitan isu  yang direka, sedangkan  entah berapa banyak lagi cerita memburukkan Negara, cerita menyedapkan telinga manusia yang bodoh dan mungkin jari yang gatal untuk menambahkan lagi perisa politik Negara.

Bagi mereka ini kebencian yang telah tersemat didalam hati mereka sedah sebati terhadap kepimpinan orang Melayu di Negara ini. Sokongan Melayu yang membuta tuli  telah menjadikan DAP raja politik fitnah yang tidak dapat dinafikan lagi.

Boleh dikatakan semua pemimpin DAP melakukannya, mereka tidak mempedulikan soal keharmonian kaum dalam Negara ini, Mereka datang dalam politik Malaysia dengan sikap angkuh  dan tidak langsung menghormati apa yang sepatutnya dihormati.

Tidakkah perbuatan pemimpin DAP adalah satu penghinaan terhadap sistem dalam Negara ini dan merupakan suatu yang biadab selain tidak menghormati budaya dan agama yang diamalkan dalam negara berbilang kaum sejak dahulu lagi?

Parti pembangkang seharusnya membantu usaha kerajaan untuk mengekalkan keharmonian perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan bukan menanam politik kebencian dalam kalangan rakyat.

Sebelum ini, rakan-rakan DAP menghina pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din. Tidakkah ini membuktikan parti tersebut mempunyai pemimpin kanan yang mempunyai kebencian terlampau terhadap orang Melayu dan Islam?

Kebencian itu bukan hanya di dalam diri mereka, malah disuarakan secara terang-terangan. Setiap kali mereka mencaci orang Melayu, pasti akan ada pemimpin DAP yang meminta maaf bagi pihak mereka dan setiap kali itulah tidak akan ada apa-apa tindakan daripada parti mereka.

Politik kebencian tidak berasas mungkin memberi keuntungan jangka masa pendek bagi setengah ahli politik namun ia merosakkan pembinaan tamadun bangsa dan negara untuk jangka masa panjang. Jika sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan tegas ianya akan merosakkan terus generasi serta Negara pada masa akan datang.

Politik kepartian sepatutnya dibina atas asas menghormati perbezaan pandangan politik dalam pelbagai isu mendasar dan isu semasa tanpa merosakkan hubungan peribadi kemasyarakatan. Budaya politik ilmu, politik idea dan politik damai sejahtera perlu diwariskan kepada generasi mendatang.

Hanya kerana politik, kuasa dan  mahu menguasai, apa juga bentuk kerosakan jangka panjang sudah tidak diperdulikan lagi, malah ianya dijadikan amalan  untuk menguasai dan melakukan kleptokrasi  sebagaimana berlakunya di Pulau Pinang dan Selangor ketika ini.

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad  dalam kelompok  DAP telah cukup untuk mengantikan PAS  yang mana sebuah paerti yang memenangkan mereka satu ketika dahulu dalam penambahan kerusi pilihanraya umum ke13 yang lalu.

Kehadiran Mahathir sekali gus memberikan harapan kepada pemimpin-pemimpin DAP yang kini semakin kekurangan modal untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

DAP terus memberikan tempat kepada Mahathir dimana mereka amat mengetahui bahawa Mahathir adalah pemimpin yang mahukan nama dan jawatan untuk bersuara. Dengan cara memberikan jawatan dan kuasa bercakap serta menggunakan  pengalaman dimiliki oleh Mahathir mereka berusaha mewujudkan isu-isu baru..

Kini DAP sudah cukup selesa dengan kehadiran Mahathir yang bakal meneruskan  politik kebencian dengan menyerang UMNO habis-habisan manakala DAP pula terus menunjukkan keangkuhan dalam isu kilang haram di Pulau Pinang.

Pelbagai serangan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir ke atas UMNO menampakkan beliau ‘sudah berpatah arang dan berkerat rotan’ dengan parti tersebut. Jasa-jasa UMNO kepada beliau seolah-olah sudah dihumban ke dalam tong sampah.

Jika dahulu kepentingan perjuangan UMNO untuk orang Melayu terus dibela tanpa ada perasaan prejudis sama sekali kini telah digadaikan bagi memenuhi agenda politik Pakatan Harapan yang pastinya DAP menjadi ‘taikonya’.

Pembohongan serta kebencian yang diciptakan terus diolah agar rakyat bertambah keliru dan terus  keliru  sehingga rosaknya minda dan menjadikan Malaysia dihuni oleh  satu golongan yang hanya nampak keburukan walupun berjuta kenikmatan hasil usaha kerajaan dinikmati.

Baru baru ini, menurut satu laman facebook yang mana telah membongkar isu pembohongan cerita 1MDB yang telah disahkan oleh Kit Siang kepada sesuatu perkara yang tidak pernah wujud di Malaysia yang mengaitkan  Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Berita yang telah dikeluarkan pada 18 Februari 2018 mengenai kegagalan rayuan  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJ Utara), Tony Pua berhubung saman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.

Pua yang gagal menyekat saman Najib tersebut bakal berhadapan proses mahkamah setelah Najib berjaya mendapatkan “interim injunksi” menghalang Pua dari terus membuat tohmahan dan memfitnah Najib sementara proses saman fitnah Najib ke atasnya selesai.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis di blog beliau; “Sebagai seorang Anggota Parlimen, saya terkejut dengan ‘notis perundangan’ itu. Bagaimanakah mahkamah boleh mengeluarkan ‘notis perundangan’ ke atas sesuatu yang tidak wujud?”

Dalam usaha membela Pengerusi DAP Selangor itu, pemimpin de facto DAP tersebut sebenarnya telah melakukan dua perkara;

(i) Beliau mengakui skandal 1MDB tidak wujud

(ii) Beliau telah menghina keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang telah membersihkan Najib dari sebarang salahlaku dan/atau penyelewengan terhadap apa yang didakwa sebagai “skandal 1MDB”.

Selain dari itu, Kit Siang juga menulis; “Saya mencabar Pengerusi PAC, Datuk Seri Hassan Arifin untuk mengisytiharkan bahawa PAC telah membersihkan Najib daripada semua dakwaan berkaitan skandal 1MDB.”

Ternyata, bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew itu tidak berpuas hati selagi mahkamah atau Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) atau mana-mana pihak berkuasa tidak mensabitkan Najib dengan “skandal 1MDB.”

Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw (DAP) sebelum ini telah menyatakan bahawa Najib tidak terlibat samada secara langsung atau tidak atas “salahtadbir dan tatakelola 1MDB” setelah pelbagai siasatan dilakukan.

Malah, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) setelah dua tahun berlalu, masih gagal membuat sebarang pendakwaan jenayah ke atas mana-mana individu yang dikaitkan dengan “skandal 1MDB”.

Ia sekaligus memberi gambaran bahawa usaha merekayasa pelbagai bukti-bukti dan dokumen untuk dikaitkan dengan “skandal 1MDB” masih tiada bukti kukuh dan agenda fitnah itu sudah tidak relevan lagi.

Kesimpulannya politik kebencian oleh DAP dan pembohongan yang telah merosakkan minda rakyat Malaysia serta penyebarannya yang telah dilakukan oleh  orang Melayu sendiri telah menyebabkan  DAP angkuh malah akan terus menguntungkan parti itu kerana tiada apa yang perlu mereka risaukan lagi.

Mahathir pernah berkata, “Kita boleh panggil diri kita “tuan” tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan menjadi kuli kepada mereka, memanggil diri kita tuan tidak bermakna.’’

Justeru kalau dikaji dari sudut politik Pakatan Harapan, semua orang boleh menilai siapa sebenarnya tuan dan siapa pula merasakan dirinya ‘tuan’ tetapi hakikatnya sedang menjadi `kuli’.

  • pru14.tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *