Kereta Anak Mahathir Makan Lagi Mahal Dari Kereta Rakyat

Nampaknya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad juga mahu turut sama menghentam Perdana Menteri dalam isu makan bijirin Kuinoa. Dalam satu program Bajet 2018 Bersama Rakyat semalam, Najib berkongsi bahawa beliau perlu mengawal pemakanan dan tidak memakan nasi tapi bijirin berkenaan.

“Masalahnya saya sukakan makanan, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Tapi saya perlu kawal (makan).

“Contohnya saya tidak makan nasi tapi makan kuinoa. Anak saya perkenalkan saya kepada kuinoa. Kuinoa ini berasal dari Peru. Orang Inca hidup dengan kuinoa sejak tiga ribu tahun dulu.

“Ia makanan berasaskan protein. Jadi kurang karbohidrat, kurang kandungan gula, lebih bagus dari nasi,” katanya.

Selepas Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng hentam Najib, Mahathir pun hendak turut serta dan kata beliau hanya makan beras biasa sahaja.

“Dia makan Kuinoa, saya nasi beras tempatan sahaja,” kata Mahathir.

Tolak tepi soal makanan nasi beliau walaupun Mahathir menghidap sakit jantung dan perlu mengawal pemakanan. Bagaimana dengan belanja makan dan belanja rumah besar Mahathir serta kereta luar negara yang digunakannya. Kereta anak-anak Mahathir juga bukan calang-calang.

Kereta Mokhzani, iaitu kereta jenis Bugatti Veron yang dikhabarkan bernilai jutaan ringgit dan ada tiga buah sahaja di Malaysia. Takkan pakai petrol RON95 macam rakyat biasa. Kereta Bugatti itu sudah tentu makan minyak mahal dengan jumlah yang banyak.

Pada 2015, ada laporan menyatakan bahawa dia memiliki koleksi 18 buah kereta bernilai RM36 juta. Begitu mewah, adakah anak-anak Mahathir mahu bapa mereka hanya memakan nasi beras tempatan dengan keadaan kesihatannya sebegitu?

Mahathir kini sudah jadi seperti individu yang tidak ada nilai pemikiran yang tinggi menghentam orang lain dalam soal pemakanan. Bukan Najib seorang yang sudah amalkan Kinoa, ramai lagi orang lain sudah mula mengamalkan Kinoa ini. Mahathir jelas dan terang ikut rentak DAP yang menyerang tidak kira apa sekalipun.

Selain Mokhzani, anak Mahathir seperti Mirzan dan Mukhriz juga banyak menceburi bidang perniagaan serta memiliki saham di berpuluh syarikat, mustahil juga mereka pakai kereta biasa-biasa. Kalau Mukhriz, difahamkan pun ada satu kapal pelayaran, berapa pula minyak kapal tu makan.

Jangan hanya pandang pada nasi makanan Mahathir sahaja, tapi pandanglah bagaimana kehidupan mewah anak-anak dan cucunya juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *