Kelab Sunderland Hendak Dilepaskan Secara Percuma

PEMILIK Sunderland, Ellis Short akan memberi kelab itu secara percuma sekiranya pembeli sedia untuk mengambil-alih hutang yang besar.

The Black Cats hanya diturunkan dari Liga Perdana Inggeris musim lepas tetapi kini berada di bawah Liga Kejuaraan dan dikatakan kerugian kira-kira £500,000 (RM2.73 juta) seminggu.

Short merasa sudah cukup setakat ini dan sanggup melepaskan majoriti pegangan £69 juta (RM377 juta) beliau berhutang dengan yang terakhir dilaporkan £137 juta (RM749 juta).

Ahli perniagaan warga Amerika itu cuba menjual kelab itu selama hampir dua tahun tetapi satu-satunya yang menarik perhatian adalah dari konsorsium Jerman yang tidak dinamakan tetapi gagal menghasilkan bukti dana. – MailOnline UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *