Kalau Orang Islam Minum Arak, Tidur Dengan Anjing, Memang Patut Pertikaikan

PAKATAN pembangkang diketuai DAP seolah-olah kehabisan modal apabila mempolitikkan makanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka gagal mempamerkan politik matang. Perkara ini bakal mengundang persepsi negatif terhadap kredibiliti mereka yang selama ini dipertikaikan ramai pihak.

Rata-rata rakyat Malaysia menggelengkan kepala dengan tindakan pakatan pembangkang menjadikan makanan Datuk Seri najib sebagai modal politik. Mereka tahu bahawa perkara tersebut terlalu kebudak-budakkan untuk dijadikan isu. Sekaligus mengambarkan tahap pemikiran pemimpin pakatan pembangkang.

Setiap orang berhak mempunyai amalan pemakanan sendiri. Siapa kita untuk mempertikaikannya selagi ia tidak bertentangan dengan hukum halal haram dalam Islam. Sekiranya orang Islam mengamalkan cara hidup yang menyalahi hukum hakam Islam maka kita berhak untuk mempersoalkan perkara tersebut.

Sebagai contoh, jika orang Islam menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan sehingga tidur bersama anjing-anjing tersebut yang merupakan najis Mughallazah maka kita perlu bersuara. Begitu juga sekiranya orang Islam menjadikan budaya minum arak sebagai kebiasaan maka kita perlu mempertikaikannya kerana arak haram disisi Islam.

Datuk Seri Najib Razak dikritik pemimpin kanan pakatan pembangkang diketuai DAP selepas mendedahkan amalan pemakanan sihatnya yang menggantikan nasi dengan quinoa, sejenis bijian dari Amerika Selatan.

Anggota parlimen Segambut dari parti DAP Lim Lip Eng mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak tahu penderitaan rakyat, jika dilihat berdasarkan amalan pemakanan perdana menteri. Betapa dangkalnya tuduhan tersebut.

Najib adalah antara Perdana menteri yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat. Bantuan BR1M, KR1M, SL1M, PR1MA serta lain-lain lagi membuktikan keperihatinan Perdana menteri terhadap rakyat.

Pembangkang pula bertindak sebaliknya. Segala projek yang mempunyai unsur-unsur untuk kepentingan rakyat dibatalkan manakala projek yang mengkayakan proksi dan kroni segera dilaksanakan. Rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya yang menjaga rakyat Malaysia.

Malah Mahathir yang berumur hampir 100 tahun turut sama-sama menyertai kebodohan pakatan pembangkang dengan mempolitikkan isu makanan PM. Di media sosialnya, Mahathir menulis sebaris ayat pendek:

“Saya makan Nasi beras tempatan sahaja.”

Nampaknya Mahathir sanggup membiarkan dirinya menjadi badut atau lebih tepat boneka yang melakukan apa sahaja arahan dari bos besar sehingga sanggup memalukan diri dan keturunannya.

Mykmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *