Jangan Mencipta Siksa Dan Sengsara Bersama Pakatan Pembangkang Lagi

Pada Oktober 1988 berhubung ancaman politik DAP. Dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO ketika itu, Mahathir berkata, “Sekarang kerana perpecahan dalam kalangan orang Melayu, DAP nampak peluang mereka untuk mencapai dominance sudah muncul. Kata kata ini juga dijilat oleh Mahathir hanya kerana mahukan dominance.

Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa pembangkang di Malaysia adalah segerombolan  manusia yang berpolitik hanya untuk kuasa dan jawatan dan sanggup membenamkan kepala rakan sendiri ke dalam lumpur disamping  tidak mahu melihat kejayaan Negara dimana langit dijunjung oleh mereka. Dasar dasar “merompak bersama” diamalkan dengan penuh giat dan bersepadu.

Walupun Isu 1MDB dan RM2.6 billion adalah satu penipuan terancang pihak pembangkang dan mengaitkan dengan penyelewengan tidak berjaya dilakukan untuk menjadikan rakyat hesteria untuk bangkit melakukan penentangan, sehinggakan Mahathir sendiri terperangkap dalam isu yang mana dia sendiri teragak agak untuk membawanya  lebih jauh lagi.

Sebenarnya pembangkang di Malaysia sedang ketakutan apabila satu persatu pemimpin tertinggi mereka sedang diangkut dan disiasat  akibat amalan merompak harta rakyat sehingga melibatkan  jumlah berbillion ringgit.

Sebenarnya, dalam politik mengekalkan dua kelompok tahap kemiskinan  adalah amalan pemimpin yang mengamalkan dasar pemerintahan koloni dan kepentingan untuk golongan ini akan dipenuhi setiap empat tahun sekali iaitu apabila sudah hampir pilihanraya dan kemudiannya dipinggirkan  untuk empat tahun akan datang.

Apakah sejarah hitam dan keperitan zaman 22 tahun dimana penderitaan rakyat dan kakitangan awam masih dirindui oleh penyokong Melayu serta rakyat Malaysia dimana hanya dapat melihat projek mega dan gajah putih tersergam indah dan tidak mampu dikecapi nikmatnya  untuk rakyat.

Barangkali koalisi Pakatan ini lupa bahawa rakyat sedang menikmati kemajuan yang dibawa dan bukan lagi menjadi sebuah Negara yang terkebelakang dari kemajuan yang sepatutnya telah dikecapi semasa 22 tahun pemerintahan koloni Mahathir.

Sehinggakan setiap projek yang dilakukan  dizaman itu bukan lagi berteraskan keada kepentingan rakyat malah ianya adalah berkepentingan kroni dan setiap projek yang dilaksanakan dengan menggunakan dana Negara atau wang rakyat hanya untuk digagalkan.

Untuk rakyat hanya akan dapat dinikmati sekali dalam masa lima tahun , iaitu setelah hampirnya pilihanraya dan segala bentuk jalan kampung, jamban , gerai semuanya diluluskan dengan mudah sekali. Itulah yang membezakan zaman Mahathir dan Najib sekarang.

Memberi dan meluluskan kehendak rakyat dilakukan sekali dalam masa lima tahun sememangnya secara sengaja dilakukan dan pujian serta cerita memburukkan pihak lain akan dilakukan juga dengan tujuan untuk menang pilihan raya dan mengekalkan kerajaan kronisme dan nepotisme.

Sebagai memastikan kekuatan yang ada disekeliling Mahathir, sudah pastinya Mahathir akan bersandar kepada dinding DAP untuk sokongan undi Cina, jika dia dapat. Tetapi pada masa yang sama ancaman  mesti dihapuskan.

Semua orang tahu ancaman kedua Mahathir adalah  Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yasin, Sekarang ramai dapat melihat Muhyiddin seperti hilang daripada radar politik. Namanya jarang disebut. Ceramahnya kurang mendapat sambutan. Muhyiddin jauh tenggelam berbanding Shafie Apdal di Sabah.

Dalam isu skandal yang melibatkan kepimpinan pembangkang yang sedang bermaharaja lela, Najib tanpa rasa ragu ragu telah meminta undang undang negara menjalankan tindakan siasatan yang sepatutnya. Hal ini telah membuat pemimpin kleptokrasi pembangkang dalam ketakutan.

Ketegasan Najib Razak dalam memastikan siasatan dilakukan  dimana mana peringkat pemimpin yang terlibat tanpa mempedulikan  tohmahan yang dibawa oleh pemimpin Pakatan untuk menjatuhkannya.

Sehingga kini, Guan Eng, Syafie dan beberapa orang anak buah Azmin Ali telah dihadapkan ke muka pengadilan akibat tertangkapnya mereka dengan hasil rompakan dalam usia semuda itu.

Sebenarnya  untuk ketika ini pembangkang akan mencari sekecil isu untruk dijadikan isu politik  walaupun ianya hanya isu remeh untuk menutup dasar kleptokrasi yang menjadi amalan mereka yang sudah banyak terbongkar.

Kekal sebagai pembangkang yang salah dalam menjadi “check  and Balance” adalah kesilapan besar pembangkang di Malaysia. Mereka kini telah menjadi satu kumpulan yang bukan untuk menjadi “check and Balance” tetapi lebih kepada  pemusnah kepada keharmonian, keamanan dan mengwujudkan perasaan perkauman diantara kaum.

Dalam hal ini kita menyingkap sejarah silam dimana kita dapati, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dilihat memperlekehkan negara Islam sebagai negara paling korup di dunia dengan bersandarkan kepada indeks persepsi rasuah Transparency International sepanjang 22 tahun lalu.

Menaikan isu rasuah, bermaksud DAP telah melakukannya dan menterbalikkan isu rasuah itu kepada pentadbiran Negara. Hal ini dapat kita lihat bagaimana  amalan rasuah  memlalui projek pembangunan dilakukan melaui peningkatan kos  yang luar biasa dari amalan kebiasaannya.

Dalam satu sudut yang lain pula, DAP melakukan pertuduhan melalui index rasuah tanpa meletakkan  carta rasuah dunia. Dalam indeks CPI 2016 yang menyenaraikan 176 buah negara, 20 negara teratas adalah negara bukan-Islam. Tujuh daripada negara paling korup dalam senarai 176 negara itu adalah negara umat Islam. Tetapi DAP tidak menyatakan Malaysia diaras mana.

Ini adalah salah satu cara dimana DAP menggunakan nama Negara Islam sebagai keyword untuk menunjukkan bahawa  Negara yang ditadbir oleh orang Islam tidak berkemampuan untuk menjadi pemerintah.

Masih tidak jelas lagi? Sesungguhnya Allah memberikan kita akal yang waras dan mampu untuk berfikir secara logik dan menilai yang mana intan dan kaca. Jangan kerana ketaksuban terhadap pemimpin kita menidakkan kebaikan yang dilakukan sekarang.

Justeru itu, koalisi Pakatan harus disingkirkan dari mendapat sokongan dan memenangi pilihanraya akan datang demi memastikan  kehidupan rakyat lebih sempurna dan terjamin. Pulau Pinang dan Selangor adalah dua buah negeri yang diperintah oleh Pakatan dan lihat bagaiman nasib rakyat yang dibebani dengan kenaikan percukaian dan  maksiat tanpa sekatan.

Demi kehidupan kepelbagaian kaum dalam Negara ini yang hidup dengan penuh aman , makmur, kerjasama serta harmoni. Pakatan Harapan mesti ditolak sepenuhnya.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *