Wayang Kulit Mahathir Dan Anaknya Telah Bermula

TTF: RoS akan dibawa ke mahkamah, kata Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas pemimpin negara itu, agensi itu tidak mengendahkan permohonan dan permintaan yang dibuat oleh Pakatan Harapan, oleh itu gagal dalam tugasnya sebagai jabatan penting kepada kerajaan yang mengawal pelaksanaan parti politik dan NGO di Malaysia. Mesej yang beliau hantar kepada rakyat adalah jelas – sekarang, jika anda menghantar surat kepada jabatan kerajaan dan gagal untuk mendapatkan respons, anda boleh terus memilih untuk ke mahkamah dan bukannya bertemu dengan pegawai agensi itu.

Ironisnya, ini datang dari seorang lelaki yang darah dagingnya pernah memberi gambaran bahawa boleh sahaja untuk RoS melonggarkan peraturan sekali-sekala.

Pada 22 Disember 2017, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir mendakwa bahawa keputusannya untuk meneruskan dengan AGM yang akan datang PPBM bergantung semata-mata kepada kegagalan Ketua Pengarah RoS untuk mengeluarkan respons rasmi. Anak lelaki Mahathir itu menyatakan bahawa kenyataan Suriyati Ibrahim pada 25 November 2017 kepada media adalah tidak rasmi kerana ia tidak dibuat kepada parti itu.

Respons yang Mukhriz mahukan adalah berkaitan dengan cadangan yang dikemukakannya pada 23 November 2017 kepada RoS yang mana meminta ulasan mengenai perlembagaan parti dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pada 16 November 2017, RoS telah menjelaskan bahawa kegagalan PPBM untuk mengadakan AGM dalam tempoh satu tahun pembentukannya akan meletakkan parti itu berisiko dibatalkan pendaftarannya.

Kemudian, dalam apa yang kemudiannya menjadi kesilapan yang paling bodoh yang pernah dibuat oleh Pakatun sejak Lim Guan Eng menuduh RoS mempunyai konspirasi, Mukhriz tiba-tiba memutuskan untuk mempercayai janji Surayati bahawa beliau memerlukan seminggu untuk meneliti cadangannya. Apa yang membuatkannya begitu bodoh adalah hakikat bahawa Mukhriz merujuk kepada kenyataan bertarikh 25 November 2017 oleh Ketua Pengarah RoS, kenyataan yang beliau sebelum ini katakan sebagai tidak patut dipertimbangkan.

Berdasarkan keadaan ini, kenapa beliau tidak memberi perhatian tentang amaran Surayati – yang dikeluarkannya melalui kenyataan itu – bahawa semua organisasi mesti mematuhi perlembagaan parti masing-masing dan Akta Pertubuhan 1966 walau apa pun? Lebih banyak anda meneliti perkara ini, semakin jelas bahawa anak lelaki Mahathir ini melihat hanya apa yang beliau mahu lihat dan mendengar hanya apa yang beliau mahu dengar.

Malah, hakikat bahawa Ketua Pengarah RoS berkata beliau memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan itu tidak semestinya menjadi tiket bagi sesiapa sahaja untuk melonggarkan atau melanggar peraturan.

Pada 7 Februari 2018, saya menulis yang berikut:
Bayangkan senario ini – anda menulis kepada JPJ mencadangkan sebab-sebab anda patut dibenarkan memandu tanpa lesen memandu yang sah. Ketua Pengarah JPJ kemudian menjawab dengan mengatakan bahawa beliau akan memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan anda, tetapi mengingatkan anda bahawa ia adalah bertentangan dengan undang-undang untuk melakukan apa yang anda bercadang untuk lakukan. Apabila beliau tidak memberi respons kepada anda dalam kapasiti rasmi, anda teruskan memandu tanpa lesen sambil memberitahu semua orang bahawa ketua pengarah bersalah kerana tidak memberi respons kepada anda.

Dapatkan idea itu?

Pada 22 Disember 2017, Mukhriz berusaha sebaik mungkin untuk menipu rakyat Malaysia supaya berfikir bahawa ia adalah wajar untuk melonggarkan peraturan yang ditetapkan apabila agensi-agensi kerajaan tidak memberi respons kepada cadangan pelik anda. Hari ini, bapanya telah mengeruhkan lagi keadaan dengan memberitahu anda bahawa ia adalah wajar untuk menyaman agensi-agensi ini sekiranya mereka tidak mengendahkan anda atau “permohonan dan permintaan” anda.

Betulkan, bapa borek anak rintik?

Tulisan asal oleh:
Raggie Jessy, The Third Force, 20 Februari 2018

***********

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini akan membawa Pendaftar Pertubuhan (RoS) ke mahkamah kerana berdiam diri berhubung status permohonan rasmi pakatan itu.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan itu dibuat berikutan kegagalan agensi itu untuk memberi respons kepada permintaan dan permohonan oleh PH.

“Tindakan mahkamah akan diambil dengan serta-merta kerana kami merasakan bahawa RoS gagal dalam tugasnya sebagai agensi kerajaan,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat majlis presiden PH.

Dr Mahathir menambah bahawa tindakan RoS yang tidak memberi respons menghalang persiapan untuk pilihan raya umum akan datang.

“Kami tidak boleh mengatakan bahawa RoS telah menolak permohonan kami tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa sekarang kerana kami tidak mendapat kelulusan.

“Ia sangat tidak baik buat kami kerana kami tidak boleh membuat persediaan untuk pilihan raya. Sama ada ia adalah niat RoS untuk berbuat sedemikian atau tidak, hakikatnya adalah dengan tidak memberi respons kepada kami, mereka secara berkesan membantu BN memenangi pilihan raya.”

RoS sebelum ini mendakwa bahawa mereka tidak melambat-lambatkan perrmohonan pakatan tetapi berkata permohonan itu tertangguh kerana isu-isu yang tidak dapat diselesaikan yang melibatkan DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bercakap mengenai manifesto PH, Dr Mahathir berkata mereka hanya akan membuat janji yang boleh mereka penuhi.

“Ramai dalam PH yang telah membuat dakwaan yang berlainan, kami tidak akan membuat kenyataan yang kami dapati tidak dapat dicapai sebaik sahaja kami memegang kuasa,” kata Dr Mahathir.

“Kami telah membuat 60 janji dan kami berharap dapat melaksanakannya dengan baik dan bukannya membuat lebih banyak janji yang tidak dapat kami penuhi.”

Sumber: The Malay Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *