Wanita Berang Kerat Zakar,Testis Dan Pam Organ Seks Suaminya Di Tandas

Gara-gara mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit, seorang wanita bertindak mengerat zakar dan testis suaminya.

Malah suspek turut mengepam organ seks itu di tandas akibat terlalu berang terhadap suaminya.

Lelaki dikenali sebagai Azad Singh kini dalam keadaan kritikal di hospital selepas mengalami pendarahan susulan serangan yang berlaku di rumah mereka di Joginder Nagar, utara India.

Polis berkata, isteri mangsa, Sukhwant Kaur menunggu suaminya tidur sebelum memukul mangsa menggunakan batang besi sehingga pengsan.

Isterinya kemudian mengambil pisau dan memotong kemaluannya.

Menurut penyiasat, ibu dua anak itu melakukan serangan tersebut selepas percaya Azad mempunyai hubungan sulit.

Bagaiamanapun, bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan kes berkenaan sedang disiasat.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *