PKR Gerun Kehadiran Pemimpin NGO, Ramesh Rao Di Hutan Melintang

Menjelang PRU14 nanti, jelas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang adalah antara kerusi panas yang semakin jelas bakal dirampas kembali oleh Barisan Nasional (BN) kerana jentera parti sudah bergerak begitu hebat di sana.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-BN, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin begitu aktif bergerak bersama-sama pengundi di Hutan Melintang dengan mengadakan pelbagai program dan menjelaskan kepada rakyat inisiatif kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, PMSP mengadakan satu program bersama rakyat dan mengedarkan bantuan barangan keperluan serta memberi angpau kepada penduduk di Ladang Coconut, di Hutan Melintang.

Ia diadakan oleh Presiden PMSP, Ramesh Rao yang kini bergerak aktif mendekati rakyat menyebabkan parti penyandang di kawasan itu PKR, gerun ekoran kehadiran beliau.

“Program bantuan ini diadakan secara mendadak kerana atas aduan dan keperluan penduduk di sana kepada pihak saya.

“Bantuan sebanyak 60 beg barangan keperluan diberi yang berisi beras, tin sardin, tin susu manis, gula, minyak masak, tepung gandum, bihun kering dan mee segera diagihkan,” katanya.

Pada program berkenaan, Ramesh berjanji akan memberikan bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Coconut sebanyak RM1,000 untuk membantu kebajikan murid-murid sekolah berkenaan.

“Kita amat berpuas hati dengan kehadiran kira-kira 100 orang penduduk,” katanya.

Ramesh turut mengambil peluang berkenaan untuk mendapatkan keluhan rakyat dan mendengar masalah mereka serta menghebahkan perkara baik yang Najib dan BN lakukan untuk rakyat dan masa depan negara.

“Kita akan sentiasa beri sokongan penuh kepada BN dan kepimpinan Najib di kawasan Hutan Melintang serta akan memastikan kemenangan BN pada PRU14 nanti tidak kira siapa calon dan apa keadaanya,” katanya.

Kerusi DUN Hutan Melintang di sandang oleh ADUN PKR, S Kesavan selepas merampas kerusi berkenaan dari Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-12 yang lalu.

Dalam media sosial, Ramesh adalah antara penyokon BN yang kuat mengecam parti dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP, PKR, PAN dan PPBM termasuk Pengerusi PH, Mahathir Mohamad. PKR sudah pasti tidak menyangka beliau akan bergerak seaktif itu di kawasan DUN Hutan Melintang demi membantu BN menang semula kerusi berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *