Neymar Tak Akan Dapat Keluar Dari Bayangan Messi

THIERRY Henry percaya bahawa satu-satunya cara Neymar keluar dari bayangan Lionel Messi adalah untuk menukar sukan sepenuhnya.

Neymar mengejutkan dunia bola sepak dengan meninggalkan Messi dan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain pada Ogos lalu menerusi kontrak bernilai £198 juta.

Penghijrahan pemain Brazil itu merupakan sebahagian daripada kemahuannya untuk bermain jauh dari Messi.

Beliau mahu mengembangkan kariernya secara berdikari tanpa dipengaruhi Messi.

Bagaimanapun, Henry yang bermain bersama Messi di Barcelona selama tiga musim, percaya pemenang lima kali Anugerah Ballon d’Or itu akan berjaya dalam mana-mana sukan yang diceburinya.

“Saya tidak tahu jika Neymar meninggalkan Barcelona untuk keluar dari bayangan Messi,” kata Henry kepada media Sepanyol, Marca.

“Apa yang benar ialah semua pemain berada dalam bayangan Messi, dan jika Neymar tidak mahu, dia perlu mengubah sukannya kepada yang lain,” ujar Henry. – MailOnline UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *