“Makan Ikan RM500, Perlu Ke Bagi Tahu Satu Dunia?”

Belum reda lagi cemuhan netizen tentang filem lakonannya, sekali lagi nama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan di media sosial.

Umum mengetahui, Aliff Syukri ni memang seorang yang suka memasak. Baru-baru ini, pengasas produk D’Herbs itu memuat naik foto ikan berharga RM500 yang dibeli olehnya.

Seperti biasa, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan pelbagai komen yang terkejut dengan harga ikan tersebut.

Namun, rata-rata netizen bersetuju dengan harga ikan tersebut yang sememangnya mahal.

Di Sabah berlambak ikan spesis ini

Tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan Aliff yang seolah-olah ingin menunjuk ikan mahal yang dibeli olehnya.

Perlu ke nak canang satu dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *