Kenyataan Media Oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

1. Selepas lebih daripada seminggu, adalah mengecewakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih belum memberi respons kepada penemuan saya bahawa CRCC dibayar hanya 5% atau lebih sedikit daripada RM3 juta sejak menandatangani kontrak itu dan sejak itu ia telah berhenti melakukan sebarang kerja.

2. Ini adalah isu yang serius kerana ia bermakna bahawa CRCC dan BUCG yang kukuh secara kewangan dan teknikal tidak lagi dalam projek itu. Tambahan pula, di antara 5 pihak yang dikatakan Guan Eng terlibat dalam projek Terowong Pulau Pinang itu, Sri Tinggi Sdn Bhd juga bukan lagi pemegang saham manakala Juteras Sdn Bhd didapati sedang menggulung tikar.

3. Ini bermakna bahawa daripada 5 pihak pada awal, hanya Zenith Construction Sdn Bhd yang baru berusia 82 hari itu sahaja dengan modal berbayar sebanyak RM300,000 apabila pra-RFP itu dikeluarkan adalah satu-satunya pihak yang tinggal dalam SPV Terowong Pulau Pinang.

4. Ini bermakna Kerajaan Pulau Pinang pada dasarnya telah memberikan projek bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat berusia 82 hari dengan modal berbayar hanya sebanyak RM300,000. Ini bermakna bahawa keperluan modal berbayar minimum sebanyak RM381 juta Kerajaan Pulau Pinang untuk memenuhi syarat untuk tender tidak pernah dipenuhi atau tidak lagi dipenuhi.

Kenapa Kerajaan Pulau Pinang belum mengkaji sama ada SPV Terowong masih memenuhi syarat modal minimum ini atau tidak?

5. Guan Eng sebelum ini telah berulang kali membela projek itu dengan mendakwa bahawa CRCC masih adalah kontraktor utama. Oleh itu, sebelum Guan Eng terus memutar belitkan cerita dan menyalahkan orang lain, beliau mesti memberikan bukti bahawa CRCC dibayar lebih daripada RM3 juta, bila kali terakhir bayaran dibuat kepada CRCC dan memberi bukti bahawa CRCC tidak menghentikan semua kerja projek.

6. Selain itu, penemuan kami menunjukkan bahawa CRCC dikontrakkan sebanyak AS$22 juta (RM69 juta ketika itu) untuk membuat reka bentuk terperinci untuk semua 3 jalan raya dan terowong.

7. Mengikut angka yang dikeluarkan oleh EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng, kos reka bentuk terperinci adalah RM253.7 juta daripada laporan bernilai RM305 juta itu.

8. Memandangkan CRCC yang sepatutnya melaksanakan kerja ini yang mana Kerajaan Pulau Pinang hanya membayar RM69 juta dan bukannya RM253.7 juta untuk itu, maka siapa yang mendapat faedah daripada baki RM184.7 juta itu?

9. Dan memandangkan CRCC tidak meneruskan dengan melakukan reka bentuk terperinci untuk 3 jalan raya dan 1 terowong, siapa yang akhirnya melakukan kerja itu, apakah kerja itu selesai dengan sempurna dan adakah sebarang dakwaan inflasi palsu dari Kerajaan Pulau Pinang?

10. Juga, Guan Eng tidak pernah menjelaskan mengapa laporan untuk 3 jalan raya sejauh 20km itu dengan kos pembinaan hampir RM2 bilion itu berharga RM208.754 juta manakala laporan untuk terowong yang lebih mahal dan rumit hanya RM96.248 juta?

11. Lebih mengejutkan lagi, laporan untuk salah satu daripada jalan raya sejauh 10.5km dengan kos pembinaan RM377 juta sudah berharga RM120.4 juta – lebih daripada jumlah laporan untuk terowong yang berharga RM96.248 juta yang menelan kos RM3.5 bilion untuk dibina.

12. Bolehkah Kerajaan Pulau Pinang menyalahkan orang lain jika mereka membuat kesimpulan bahawa keseluruhan projek terowong Pulau Pinang dan 3 jalan bernilai RM6.34 bilion itu merupakan satu penipuan besar yang direka untuk membolehkan pihak tempatan tertentu yang berminat secepat yang mungkin merebut tanah negeri Pulau Pinang yang begitu berharga?

13. Sudah tentu terma kontrak itu sangat berat sebelah dengan mengorbankan orang-orang Pulau Pinang dan saya akan mendedahkan lebih banyak lagi kelak.

-WEE KA SIONG

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 22 Februari 2018

21-02-2018

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *