Ingatkan Bergurau, Wanita Menangis Jari Tersepit Mesin Jahit

Wanita menangis menahan sakit apabila jari telunjuk kanannya tersepit mesin jahit, lapor BH Online.


Kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang, semalam di sebuah rumah di Jalan Bandar Baru Nilai 1/2E, Putra Point.


“Pada mulanya, rakan sekerja menyangkakan Zuriyati bergurau namun selepas melihat mangsa menangis menahan kesakitan, mereka segera menghubungi bomba,” kata Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Mohd Syazwan Saidy.


Menurutnya, mangsa, Zuriyati Meerangani, 33, sedang menjahit tempahan baju Melayu sebelum jari telunjuk kanannya tersepit.

“Sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.19 petang.

“Sebaik tiba jam 3.24 petang, kami mendapati jari telunjuk mangsa tersepit. Kerja menyelamat dijalankan segera dan kami memerlukan lima minit untuk mengeluarkan jarinya,” jelasnya.


Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai untuk rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *