De Gea Bertaraf Dunia, Lukaku ‘Dilupakan’

DAVID de Gea mempamerkan kecemerlangannya bagi memastikan Manchester United mengikat seri 0-0 dengan Sevilla pada perlawanan, malam Rabu.

Kejutan permainan oleh penjaga gawang itu memberi Manchester United lebih peluang dalam perlawanan pusingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

Jack Gaughan dari Sportsmail menilai prestasi pemain dari kedua-dua pasukan dalam perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla, Sepanytol.

De Gea memperoleh penilaian sembilan mata, di mana prestasinya turut mendapat pujian daripada para pemain Sevilla.

Corak permainan beliau turut disifatkan sebagai bertaraf dunia.

Bagaimanapun, rakan pasukan De Gea, Romelu Lukaku antara yang mendapat markah tercorot, yang seolah-olah tidak kelihatan dan terasing dalam perlawanan pada malam Rabu. – MailOnline UK

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *