Messi Selamatkan Barcelona

BARCELONA mendominasi pada awal permainan di Stamford Bridge pada awal pagi Rabu, tetapi ia kemudian diatasi Chelsea.

Dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara itu, Chelsea mengungguli jaringan terlebih dahulu.

Walaupun separuh masa kedua agak perlahan, tetapi Willian menjaringkan gol pada minit ke-62.

Bagaimanapun dengan satu kesilapan yang dibuat oleh pemain Chelsea, Andreas Christensen sewaktu menghantar bola kepada rakan sepasukan.

Ia sekaligus membawa kepada sentuhan magis Messi yang menyamakan kedudukan buat Barcelona 15 minit sebelum tamat permainan.

Gol Messi itu merupakan yang pertama dalam sembilan perlawanan menentang Chelsea.

Chelsea perlu menjaringkan gol di Camp Nou pada 14 Mac depan untuk mara ke kumpulan lapan terakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *