Mak Andam Bengang Pelamin ‘Telanjang’

Pelamin yang dihasilkan dengan penuh teliti namun akhirnya dibuka dan dibiarkan bersepah begitu sahaja.


Bayangkan bagaimana sakitnya hati, dan inilah nasib yang menimpa seorang pengusaha butik pengantin, Azima Sanusi.


Azima, 31 mendakwa kanopi yang disewa pelanggannya di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor dibuka terlebih dahulu sebelum ketibaannya.

Menurut mStar Online, Azima telah meluahkan perasaan geram dan kecewanya dengan memuat naik status di Facebook, menyifatkan pemilik kanopi tersebut sebagai tidak sabar dan tida beradab.

“Sebenarnya sudah set untuk buka sama-sama dalam pukul 9 pagi. Saya lewat dalam sejam sahaja, sampai kat sana khemah dah dibuka.


“Perasaan saya masa tu tak boleh digambarkan. Kecewa, marah, semua ada. Bukannya lama sangat, dalam sejam sahaja saya lewat.


“Sepatutnya tak jadi begini, kena hormati perasaan keluarga pengantin. Malu kalau orang tengok pelamin bersepah macam tu, nanti orang salahkan mak andam,” katanya.


Tambahnya, ketika tiba di rumah pengantin, pekerja yang menguruskan kanopi masih ada namun hanya berdiam diri sahaja.


Azima tidak mempunyai nombor telefon pihak kanopi dan tidak pernah menghubungi mereka.


Walayupun ia sudah tular namun dia memilih untuk tidak memanjangkan kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *