Ini Jawapan Pengacara 3R Selepas Dituduh Berkahwin Dengan Kaum Sejenis

Kecoh di laman sosial yang mengatakan ‘kisah percintaan’ pengacara program 3R (Respek, Relaks, Respon), Rafidah Abdullah yang dikatakan sudah berkahwin dengan kaum sejenis!Adakah beliau benar-benar bertindak sedemikian? Ini penjelasan Rafidah.

Menurut sumber, pelakon, pengacara dan penulis skrip, Rafidah Abdullah secara halus menyindir pihak yang menyebar fitnah mengenai dirinya melalui status bio di laman Instagram (IG) peribadinya.

Ayat : “Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang”, dipercayai dinaikkan oleh Rafidah ekoran berita dia dikatakan berkahwin dengan kaum sejenis di Australia sejak semalam.

Bahkan, menerusi satu paparan skrin perbualan antara seorang peminat dengan Rafidah, bekas pengacara program 3R itu bersedia sekiranya ada pihak mahu membuat semakan pendaftaran kahwin dan passportnya.

Menerusi tinjauan gambar-gambar lama di IG milik Rafidah mendapati wanita yang dikaitkan dengan selebriti itu adalah teman rapatnya dan Rafidah sering memuat naik gambar bersama wanita tersebut dan beberapa teman lain.

Sementara itu, IG rakan Rafidah yang memuat naik gambar-gambar dan kapsyen-kapsyen tersebut bagaimanapun didapati telah dinyahaktifkan atau ditukar kata namanya kerana akaunnya tidak lagi wujud.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *