Emma Maembong Menyampah Wartawan Asyik Jaja Kisah Peribadi

Emma Maembong sudah muak dengan soalan yang diajukan oleh wartawan tentang kisah peribadinya yang berkait dengan Kamal Adli. 

Foto: IG Pancaindera

Perasaan kecewanya itu telah diluahkan dalam IG story yang memuat naik tentang tajuk sebuah akhbar hiburan yang mewawancara dirinya baru-baru ini. Dia menganggap tajuk berita tersebut sesuatu yang keterlaluan dan tidak sepatutnya ditulis begitu.

Foto: Hangat.com

Menurutnya tajuk tersebut boleh menimbulkan salah faham antara hubungannya dengan Kamal Adli. Semua sudah sedia maklum bahawa status hubungan mereka berdua hanyalah sahabat baik sahaja.

Foto: Hangat.com

Dia mengharapkan bahawa wartawan tersebut menulis tajuk berita hiburan yang melibatkan perkembangan terbaru kerjayanya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Foto: IG Emma Maembong

Tambahnya lagi, ketika diwawancara dia telah berkongsi tentang perihal kerjayanya tetapi setelah dicetak isu peribadi lebih diberi penekanan dalam penulisan tersebut.

Foto: IG Emma Maembong

Memang begitulah situasi menjadi artis kerana kisah peribadi lebih disukai oleh pembaca berbanding pencapaian kerjaya mereka.


Selalunya cerita sensasi begitulah yang melariskan jualan akhbar. Kalau cerita kerjaya sahaja mungkin tiada siapa mahu membaca dan membeli serta mengundang kebosanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *