Wales Bakal Dapat £1 Juta Sebab Bale

WALES bakal meraih bayaran £1 juta apabila bermain dalam perlawanan Piala China pada bulan depan, hanya sekiranya pasukan itu disertai pemain Gareth Bale.

Sportsmail difahamkan Persekutuan Bola Sepak Wales akan memberikan tujuh angka bersih untuk bertanding di Piala China pada Mac.

Namun, jika Bale tidak dapat muncul dalam permainan itu, jumlahnya akan dikurangkan sebanyak £100,000.

Terma juga termasuk klausa penalti £50,000 sekiranya Aaron Ramsey tidak ditampilkan.

Banyak sumber menunjukkan semua ahli skuad bersemangat untuk bermain dalam permainan selepas kegagalan Ryan Giggs dan Wales mengharapkan kedua-dua Bale dan Ramsey dapat diterbangkan ke negara itu. – Mail OnlineU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *