Tular! Aktor Terkenal Sylvester Stallone Meninggal Dunia?

Berita kematian aktor terkenal Sylvester Gardenzio Stallone atau lebih dikenali sebagai Sylvester Stallone mengejutkan dunia apabila berita kematiannya akibat kanser prostat tular di media sosial.

Stallone kembali sensasi selepas 18 bulan beliau dilaporkan ‘meninggal dunia’pada September 2016 di rumahnya di Los Angeles.

Menurut sumber mengatakan, berita ‘kematian’ itu tercetus apabila aktor tersebut memuat naik poster filem Creed II, siri seterusnya daripada filem Rocky.

Pelayar media sosial memberi pelbagai reaksi terhadap posting tersebut, mereka yang percaya Stallone telah mati turut memuat naik ucapan takziah.

Hakikatnya aktor berbadan sasa itu masih hidup dan dia meminta peminatnya untuk mengabaikan berita palsu tersebut.

Malah abang aktor itu turut tampil mengakui yang adiknya masih hidup.

Berita itu sekadar ‘hasil kerja’ portal berita yang gemar menyebarkan menyiarkan berita palsu tentang kematian selebriti.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *