Tak Cukup Ayam, KFC Gulung Tikar

Mengejutkan, ratusan cawangan KFC di Britain kini berhadapan kekurangan bekalan ayam sehingga menyebabkan terpaksa ditutup sementara.

Difahamkan masalah berpunca daripada kegagalan syarikat perkhidmatan kurier DHL untuk menghantar bekalan secukupnya, seperti dipetik Astro Awani.

Buat masa ini, lebih 700 daripada 900 cawangan KFC di seluruh Britain terpaksa ditutup sejak hujung minggu lalu sementara terdapat beberapa cawangan hanya menawarkan menu tertentu dengan waktu operasi disingkatkan.

Dalam pada itu, DHL dalam satu kenyataan, pihak mereka sedang mengatasi masalah penghantaran bekalan kepada seluruh rangkaian KFC di Britain.

KFC menjadi antara restoran makanan segera paling mendapat sambutan di Britain selepas syarikat itu memulakan operasi mereka yang pertama pada 1965 di Preston, Lancashire.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *