Pakatan Masih Berangan Rampas Johor Walaupun Hakikatnya Tiada Peluang

Pakatan Harapan (PH) sudah dalam posisi terdesak di negeri Johor menjelang PRU14 nanti kerana banyak kajian dilihat tidak memihak kepada mereka tetapi mereka begitu mahu merampas negeri di selatan Semenanjung itu dari Barisan Nasional (BN). Pada 17 Februari lepas, satu kajian oleh firma penyelidik media sosial Politweet mendapati BN dijangka akan terus menguasai Johor pada PRU14 nanti.

Jurucakap Politweet berkata pengguna media sosial di Johor lebih tertarik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Pengerusi PH, Mahathir Mohamad. Kajian itu cakap, Mahathir tidak mendatangkan impak yang besar pada PRU14.

“Secara asasnya, dua pertiga pengguna media sosial di Johor tidak menunjukkan minat terhadap Dr Mahathir di halaman dan paparan Facebook disukai mereka.

“Walaupun ada liputan meluas media mengenai Dr Mahathir dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri, ia bukan petanda baik untuk Pakatan Harapan,” kata jurucakap itu.

Tidak lama selepas kajian Politweet, satu firma yang memihak kepada PH, pula buat kajian iaitu daripada Merdeka Center menyatakan BN dalam keadaan goyang di Johor. Kajian itu bagaimanapun tidak berani menyatakan bahawa BN akan kalah tetapi hanya berani kata BN hanya goyang di Johor.

Kajian berkenaan ditulis oleh portal pro-pakatan, The Malaysian Insight (TMI) hari ini. Katanya, ia mendakwa pemimpin UMNO sendiri pun bimbang dengan keadaan pengundi di negeri itu yang dikatakan terlalu memberi perhatian kepada kos sara hidup sehingga terlepas pandang kepada pentadbiran yang telah menguruskan ekonomi dengan baik.

Berbalik kepada kajian Politweet itu, sehingga Disember tahun lepas, hanya 13.73 peratus pengguna Facebook di Johor menunjukkan minat kepada Mahathir berbanding jumlah lebih besar 66.67 peratus yang cenderung melihat perkembangan Najib.

Politweet menunjukkan dalam kajian itu, Johor bukan negeri yang ada kemungkinan berubah tangan selepas PRU14, jadi di mana logik kajian Merdeka Center yang menyatakan UMNO dan BN di negeri berkenaan sedang goyang atau sedang goyah. Bagi BN negeri Johor, walaupun kajian yang dibentangkan mendapati kemenangan berpihak kepada BN, Johor akan tetap memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, bagi memastikan kemenangan mutlak pada PRU14 tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu laporan Berita Harian berkata, kerja akan terus berjalan dan akan dipastikan BN berjaya dalam pilihan raya nanti.

“BN akan pastikan semua wakil rakyat adalah mereka yang berkhidmat, ini berbeza dengan wakil rakyat pembangkang yang tahap perkhidmatan mereka sangat lemah dan hadir di kawasan mengikut musim,” kata Mohamed Khaled.

Sebenarnya PH yang goyah kerana Presiden PPBM ada kerusi Parlimen di sana iaitu satu-satunya kerusi parti itu di negara ini iaitu Muhyiddin Yassin. Jika BN terus kuat di Johor, lenyaplah semua kerusi PPBM di negeri itu andai kata kerusi lain yang ditandingi wakil parti itu semua kalah pada pilihan raya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *