Mahathir Setuju Tolak Pemimpin PKR, DAP Yang Mungkir Janji Pilihanraya

“Saya fikir rakyat perlu ambil perhatian kepada orang (pemimpin) yang buat janji secara terbuka dan selepas itu mungkir janji. Orang yang mungkir janji tak harus dipilih untuk menjadi pemimpin” (2012)

Merujuk  kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat supaya membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang mungkir kepada janji.

Apakah petaka yang bakal melanda Negara jika kita fikirkan berkaitan janji terbaru yang dibuat oleh Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihanraya 14 akan datang. Sedangkan janji lama yang dikatakan bukan manifesto masih lagi tidak tertunai.

Difahamkan janji sahaja yang mampu diberikan termasuk air percuma sebanyak 4 liter diberikan kepada rakyat Selangor berbanding janji-janji yang cukup manis sebelum kemenangan mereka dikecapi di dua buah negeri.

Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihanraya Pakatan Harapan pada PRU 12 dan PRU 13  dengan penuh bersemangat untuk menjaga kebajikan rakyat semuanya telah ditongsampahkan, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.

Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai yang melampaui batas kemampuan rakyat termasuk kenaikan cukai premis perniagaan.

Kenaikan cukai ini sekali gus akan meningkatkan kos sara hidup untuk pengguna  dalam mendapatkan perkhidmatan. Hal ini berlaku apabila peniaga terpaksa menyerap kos kenaikan cukai kepada barangan mereka.

Bukan itu sahaja, kos kenaikan  nilai hartanah yang beratus  ratus peratus telah menyebabkan kos untuk memiliki rumah telah tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan sederhana.

Dengan kenaikan ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Kos cukai pintu yang telah naik sebanyak 400%  secara mendadak telah menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.

Sedangkan pada masa yang sama, kenaikan gaji exco terus dinaikan tanpa memikirkan  betapa pentingnya  keperluan rakyat serta janji  pilihanraya yang masih belum tertunai.

Berkaitan dengan GST pula, pemimpin Pakatan Harapan mengatakan ianya satu beban kepada rakyat  dan bukan kenaikan cukai yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup sebagai alasan untuk mengelirukan rakyat.

Dalam soal GST. Pembangkang mengatakan dan memanipulasikan isu GST yang dikatakan amat membebankan, tetapi pada masa yang sama janji mereka untuk menghapuskan GST tidak juga berlaku. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.

Jika pihak pembangkang mensasarkan GST pada kadar 0% serta tidak menyatakan  angka sasar untuk GST, maka kita dapat mengagak bahawa ini adalah satu taktik pihak pembangkang untuk menetapkan kadar GST mengikut keperluan semasa.

Bermakna mungkin GST akan melebihi 6% jika kita lihat cara pengurusan pihak pembangkang yang tidak sistematik. Semua ini dilakukan bukan untuk  kepentingan rakyat, malah ianya bertujuan untuk memastikan keperluan agenda  peribadi dapat terlaksana.

Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

Pendeknya, bajet kali ini langsung tidak menggambarkan bajet menunaikan janji dan menghargai sokongan rakyat dalam pilihanraya lalu. Bukan saja rakyat yang tidak dihargai, kakitangan kerajaan juga seperti dipandang sebelah mata oleh pihak kepimpinan Pakatan Harapan terutama DAP.

DAP dalam isu penjawat awam, melalui Tony Phua dan juga beberapa pemimpin Pakatan bersetuju untuk mengurangan  kuantiti penjawat awam yang dikatakan amat malas serta membazirkan wang kerajaan.

Paling memualkan bagaimana terdesaknya pemimpin Pakatan apabila berjanji untuk menstabilkan harga minyak petrol pada kadar RM1.50 seliter yang tidak masuk akal langsung. Jika kita lihat carta harga minyak petrol dunia bagi Negara pengeluar minyak pakatan mensasarkan Malaysia Lebih murah daripada Qatar, Bahrain, Arab Saudi, Nigeria, UAE dan lain-lain negara yang pengeluaran minyak mereka terlalu tinggi berbanding Malaysia?

Sekarang kita nampak bahawa Pakatan hanya membuat perbandingan harga minyak yang dibuat oleh Venezuela yang mana sebuah Negara yang sedang menuju kehancuran akibat kadar kemiskinan yang tinggi serta inflasi yang telah mencapai 1000%.

Pakatan Harapan menyenaraikan 45 jenis insentif untuk rakyat jika mereka berjaya menang dalam PRU14 akan datang, sedangkan pada PRU yang lalu sebanyak 45 janji lama yang masih belum tertunai lagi.

Kedangkalan apakah penyokong pakatan tidah dapat melihat kegagalan ini, mungkin sebenarnya  mereka hanya melihat peluang yang ada  untuk mereka ratah bersama-sama tanpa memikirkan kecelakaan yang akan berlaku susulan tindakan mereka yang tidak ada  perincian  dasar untuk rakyat.

Dalam mengelapkan mata pengundi kerajaan Pakatan tanpa rasa bersalah  telah mencadangkan akan mengurangkan kos mengurus. Benar kah? Tidak kah penyokong tahu bajet untuk pejabat Ketua Menteri DAP ditambah setiap tahun. Dalam Bajet 2016, sejumlah RM161.59 juta diperuntuk untuk pejabat Lim Guan Eng, dalam Bajet 2017 dinaikkan menjadi RM707.61 juta. Tanah kena gadai, duit terowong lesap.

Cukup-cukup sudah diperbodohkan oleh kerajaan Pakatan yang hanya tahu untuk melakukan kleptokrasi sahaja, Kepentingan rakyat hanya wujud dalam bentuk bantuan  apabila tahun terakhir sebelum pilihanraya sahaja. Tidak lebih dari itu.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *