Lelaki Sempat Tonton Video Lucah Selepas Merompak

Tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk sebuah rumah kedai di Los Angeles untuk merompak akhirnya terbongkar apabila ia didedah menerusi kamera litar tertutup,

Lebih menjijikan,dalam rakaman tersebut lelaki terbabit sempat berhenti untuk menonton lucah.

Selain itu,ketika merompak itu juga lelaki terbabit sempat mengambil masa untuk merokok dan mengecas telefonnya.

Menurut sumber, pemilik kedai, Lisa dan Steve Mirizzi memberitahu KTLA dia amat terkejut dengan kejadian malam Isnin lalu.

Pasangan itu mula menyedari kehadiran lelaki terbabit, yang dikenal pasti sebagai Alan Estrada, 28, berkeliaran di sekitar pangsapuri mereka pada waktu malam sebelum mereka terserempak dengannya.

Lisa menceritakan bagaimana dia turun ke bawah untuk membancuh teh dan melihat Estrada sedang menonton cerita lucah di komputer sambil melancap.

Menjerit sebaik sahaja melihat lelaki itu, anak lelaki dan suaminya segera turun ke bawah dan mengejarnya.

Estrada pada mulanya cuba melarikan diri melalui satu pintu, tetapi ia berkunci. Apabila dia ke pintu lain, anak lelaki Lisa, Giovanni berjaya memegangnya.

Selepas menghalangnya daripada melarikan diri, polis dipanggil ke tempat kejadian dan Estrada ditahan.

Lisa berkata: “Rasa macam mimpi sebab ia seperti, ‘betulkah perkara ini berlaku?’.

Perompak itu telah mengambil wang tunai dan kad kredit dari kedai, kata polis.

Dia berjalan di sekitar rumah dan berehat di depan komputer sambil merokok dan menonton porno.

Bagaimanapun, barang-barang yang dicuri telah dikembalikan.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *