Lelaki Bujang Semakin Kurang, Wanita Syria Mengeluh Sukar Cari Jodoh

Ketika ini, media melaporkan wanita di Syria sukar mencari jodoh kerana kekurangan lelaki bujang di sana.

 
Seperti dilaporkan Berita Harian, seorang pelajar Syria, Nour membelek cincin di jari kelingking dan kemudian memerhati rakan sekelasnya di sekitar Universiti Damsyik.
 
Namun, di tengah-tengah sekumpulan wanita dekat situ, tiada satu pun lelaki bujang yang kelihatan.
 
Antara lain, konflik Syria yang berpanjangan menyebabkan kaum Adam kebanyakannya sudah berpindah, menyertai tentera atau meninggal dunia.
 

 

“Saya berharap cincin perkahwinan akan menghiasi jari ini suatu hari nanti.
 
“Tetapi, tiada lagi lelaki muda. Semua mereka tidak kelihatan sejak beberapa tahun lalu. Saya menyedari penurunannya dari setahun ke setahun,”kata Nour bukan nama sebenar.
 

Katanya, pilihan agak terhad kerana hampir tidak ada lelaki bersesuaian untuk dikahwini, ramai yang sudah berkahwin atau terlalu tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *