“Dah Terang Haram, Kau Galakkan Pula?”- Syed Saddiq Kena Hentam

Setiap perayaan seperti Tahun Baru Cina baru-baru ini pastinya tidak meriah kalau tiada percikan bunga api atau bunyi dentuman mercun.


Bercakap mengenainya, baru-baru ini Syed Saddiq ada memuat naik sebuah status di Facebook.

Foto: Twitter Syed Saddiq

Katanya, dia kesal ketika melepak di kedai makan, ada sekumpulan pemuda yang marah dan mengutuk tentang bisingnya bunyi mercun semasa sambutan raya Cina dan menyatakan yang Hari Raya Aidilfitri pun tak bising seperti itu.

Marah dengan kata-kata tersebut, Syed Saddiq meminta pemuda tersebut cuba menghormati dan memahami budaya penganut lain dan sama-sama meraikannya.


Walau bagaimanapun,ramai netizen di Twitter yang tidak bersetuju dengan Syed Saddiq seperti mengalakkan orang ramai menyalahi undang-undang malah ada yang memberitahu negara China juga telah mengharamkan pembakaran mercun.

Lain pula di Facebook ramai yang berterima kasih dengan Syed Saddiq kerana bertoleransi.

Apa pun mercun tetap haram disisi undang-undang, jangan sampai terjadi perkara yang tidak diingini baru nak menyesal. Apa pandangan anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *