Malaysia Bukannya Negara Islam – Siti Kassim

Dalam Perlembagaan Malaysia termaktub dengan jelas bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Mengapa Siti Kassim mahu mewar-warkan sebaliknya? Perlu kita ingat bahawa pendapat Siti Kassim seolah-olah suara pembangkang diketuai DAP. Bukan lagi rahsia beliau merupakan “alat” parti yang anti Islam dan anti Melayu tersebut.

Siti kassim mendakwa Malaysia adalah sebuah Negara sekular dan bukannya Negara Islam kerana tidak menjalankan sepenuhnya undang-undang Islam, itu antara kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Peguam pro pembangkang tersebut.

Sebelum kita di”hanyutkan” dengan pembohongan Siti Kassim. rakyat Malaysia perlu tahu bahawa undang-undang Mahkamah Syariah menepati lebih dari 80% undang-undang Islam. Dan kita sedang mengkaji cara terbaik menangani isu tersebut memandangkan negara kita terdiri dari berbilang kaum dan anutan.

Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa Malaysia adalah Negara yang mengamalkan Islam, itu tidak tepat disebabkan perlembagaan kita masih mempunyai Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Bagaimanapun tidak dinafikan negara Malaysia masih menjalankan beberapa undang-undang syariah mengikut landasan tetapi ianya terhad “Jadi bagaimana kita mahu mengatakan yang Malaysia merupakan sebuah Negara Islam?”kata Siti Kassim yang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia terutama yang kurang berpengetahuan berkenaan perkara ini.

Ditanya mengenai bagaimana sejarah yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam kerana terdapat Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama, Siti Kassim mengakui yang beliau sememangnya tidak tahu mengenai sejarah itu.

Tetapi menurutnya, Malaysia mempunyai perlembagaan yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan sekularisme walaupun Raja-Raja atau Sultan diberikan kuasa sebagai ketua agama. “Islam itu muncul setelah kehadiran saudagar Islam yang berdagang di sini kemudian barulah masyarakat memeluk agama Islam tetapi ketika itu negara belum ada perlembagaan lagi,”katanya.

Apa yang saya tahu, sejarah negara ini bermula dengan fahaman Hinduisme dan sebelum itu saya tak pasti adakah ini Negara Islam, yang pasti negara kita bermula selepas kemerdekaan pada tahun 1957.

Cuba kita perhatikan diri Siti Kassim, adakah kata-kata beliau boleh dipercayai? Tepuk dada tanya selera.

Kenyataan yang mengambarkan BEBAS menyebarkan pemikiran liberal di kalangan umat Islam menjadikan ajaran sesat sukar dibendung disanggah oleh Siti Kassim yang mempersoalkan “bagaimana pihak-pihak tertentu menyatakan liberal itu sesat sedangkan Islam itu sendiri adalah liberal?”.

Kenyataan ini dilihat bertentangan dengan akidah. Islam tidak liberal. Kita tahu dengan yakin bahawa manusia seangkatan dengan Siti Kasim sahaja meletakkan Islam sebagai liberal hanya untuk menghalalkan dosa.

Menurut Siti Kasim, jika mengikut pandangan minda yang tertutup sudah pasti mereka akan mengatakan liberal itu sesat sedangkan Islam sebenar tidak mengongkong, tidak membandingkan seperti dilabel golongan fasiq.

“Sebenarnya liberal yang dikecam Pas sebagai sesat itu, bukanlah sebuah ajaran atau sebuah agama, liberal sendiri adalah perkataan dan perkara yang baik, kewujudan liberal adalah untuk seluruh manusia di dunia mempraktikkannya dan bersifat universal.”

Beliau turut menyelar dakwaan beberapa pihak menyatakan pendirian BEBAS jelas berhasrat ingin membiarkan umat Islam bergelumang di dalam noda dan dosa seperti zina, khalwat dan lain-lain tanpa apa-apa bentuk tindakan atau pencegahan. Menurut beliau, pihaknya tidak mempromosikan maksiat seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Hakikatnya, rakyat Malaysia tahu bahawa itulah yang sedang Siti Kasim dan pembangkang diketuai DAP sedang lakukan.

“Kita lihat sendiri negeri Kelantan yang mendapat jolokkan serambi mekah, tetapi negeri merekalah yang paling ramai membuat maksiat. “Jangan tanya saya apabila kami mempraktikkan “Human Nature” iaitu perkara yang dinisbahkan kepada Islam Liberal, sehingga membolehkan pihak-pihak tertentu menimbulkan kontroversi dengan pelbagai tomahan.

“Sebenarnya tidak semestinya orang yang tidak mengambarkan kehidupan secara Islamik itu tidak bermoral dan boleh dipandang rendah,”katanya. Menurutnya, moral itu datang dari diri dan naluri, perkara ini adalah fahaman bersifat universal sekalipun mereka tidak mempunyai agama seperti di negara kafir tetapi mereka lebih mempraktikkan Islam daripada Negara Islam sendiri.

Katanya, Pas bukanlah hendak laksanakan hudud melalui usul RUU 355 dan perkara itu memang sudah sah, tetapi Hadi di lihat membuka jalan untuk mengimplimentasikan akta hudud mereka. Kata beliau, sebenarnya enekmen akta hudud di Kelantan atau di Terengganu bukanlah sepenuhnya Islamik walaupun mereka mengambilnya dari Al Quran.

“Jadi inilah masalahnya, perlaksanaan hukum seperti rejam batu, potong tangan dan pancung sebenarnya bukan hudud tetapi hukum yang ditiru dari budaya orang Arab.

“Saya juga senada berhubung mahkamah sivil kerana hukuman gantung dan bunuh itu dianggap terlalu kejam, katakan orang yang digantung itu tidak bersalah dan sudahpun digantung, adakah boleh dihidupkan semula orang yang sudah mati itu.

“Apakah dengan meningkatkan hukuman, seorang pesalah itu akan terus berubah, sebenarnya tidak boleh, kita tidak boleh mengajar orang dengar cara memaksa,”katanya.

Menurut beliau, cara Islam yang diajar di Malaysia sudah terpesong begitu jauh sekali, Islam sepatutnya diajar dengan lebih lembut. Tohmahan yang mengatakan BEBAS tidak layak bercakap tentang agama kerana tidak mempunyai ilmu dan berpemikiran liberal mendapat reaksi beliau dengan menyatakan tidak seorang pun dapat meneka sejauh mana tahap pengetahuan seseorang itu.

Katanya, adakah hanya kerana dia memakai serban atau digelar ustaz dan ustazah sahaja yang layak bercakap mengenai soal agama Islam dan tidak semestinya orang itu bertudung labuh membolehkan dia berhak untuk bercakap daripada orang yang tidak bertudung.

Menurutnya, ada juga orang yang tidak mempunyai ciri-ciri Islamik tetapi lebih bermoral dan mempunyai pandangan dan ilmu pengetahuan mengenai Al Quran lebih baik dan mendalam. “Sebenarnya ulamaklah yang paling banyak kaki tipu dan paling banyak masuk neraka, jelas ini adalah hudud Pas bukan hudud Allah,”katanya.

Adakah Siti Kassim mahu mengatakan bahawa beliau mempunyai moral yang tinggi? Rakyat Malaysia bukan begitu senang diperbododhkan oleh pembangkang diketuai DAP. Mereka tahu siapa Siti Kasim.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *