Kutip Derma Sekadar Putar Belit Sumber Dana Pilihanraya DAP Dari Israel?

Sehingga kini Pakatan Pembangkang belum lagi menjawab pertanyaan rakyat  siapakah yang sebenarnya penyumbang dana pilihanraya mereka. Dana yang cukup mewah digunakan  semasa pilihanraya agar ianya dapat diperjelaskan kepada rakyat.

Adakah dana tersebut  hasil dari pengubalan wang haram atau disumbangkan oleh berbagai agensi luar Negara yang dilakukan secara tersembunyi untuk memastikan kerajaan yang dipimpin oleh Islam Melayu di Malaysia ini tumbang.

Bagi anak kecil, mungkin boleh digula-gulakan dengan cara berpura pura mengutip derma pilihanraya untuk menutup setiap sumbangan yang  diterima dari agensi luar. Dengan cara ini , iaitu mengutip derma pemerimaan dana pilihanraya tersebut dapat dialihkan atau disembunyikan.

Jadi, mengutip derma itu boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk menjawab apabila isu dana pilihanraya ini berbangkit. Namun demikian rakyat di Malaysia bukan semuanya bodoh dan boleh diceritakan dengan pelbagai hikayat.

Jadi untuk menutup kegiatan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang samada melalui pengubalan wang haram untuk dana pilihanraya, maka isu berkiatan dengan penerimaan dana pilihanraya  dibangkitkan dahulu oleh pihak pembangkang, supaya pertanyaan ini tidak berbalik kepada mereka.

Perangai jahat pemimpin DAP dan PKR amat jelas sekali apabila sehingga kini masih lagi tidak bersuara mengenai dana yang diterima oleh  DAP sebanyak RM1.2billion dari Israel yang dibongkar oleh Mohamed Razali dan Zuhdi.

Sikap menyepikan diri dan bertukar menjadi bisu seakan telah mengiyakan  penerimaan dana tersebut dari Israel. Jadi  jika ini berlaku tidak syak lagi bahawa Isreal dan pakatan pembangkang mempunyai hubungan sulit keatas Negara ini.

Jadi tidak perlulah pemimpin pembangkang mernyuarakan isu dana pilihanraya dan sudah pastinya  rakyat akan bertanya dari manakah datang nya dana pilihan raya  yang diterima DAP sepanjang pilihanraya  sejak 1965 lagi.

Sehingga kini DAP tidak pernah menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepada mereka sehingga  satu pembongkaran isu penerimaan dana dari Israel  sebanyak RM1.2 biliion. Namun begitu untuk menutup isu ini dari  tersebar luas, pemimpin DAP mengugut rakyat dengan tindakan saman jika bersuara mengenainya.

Jadi sebab itulah DS Najib pada mulanya tak mengaku duit masuk akaun peribadinya. Sebab itulah pemimpin-pemimpin BN bagi jawapan pelbagai versi. Tujuannya adalah sama macam parti PKR dan DAP serta parti-parti lain dalam dunia ni. Mana boleh bagitahu sapa dia penyumbang dana politik dan berapa jumlah yg diterima.

Begitu juga dengan PKR, dimanakah dana pilihan raya yang mereka dapat untuk membiayai perbelanjaan untuk menghadapi Pilihanraya. Jika kita imbas secara kasarnya  sebagaimana yang dibongkar oleh  Ezam dan Lokman Noor Adam mengenainya.

Dalam pembongkaran dan pendedahan tersebut bagaimana Wan Azizah dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah melakukan kunjungan sulit berjumpa dengan Soros untuk mendapatkan dana  untuk membantu PKR.

Pertemuan sulit tersebut  adalah bertujuan untuk mendapatkan dana  menghadapi PRU pada tahun 2004, tetapi pemimpin PKR masih dan sehingga kini tidak mendedahkan jumlah  dana  dari agensi asing tersebut kepada rakyat.

Pertemuan itu langsung tidak dimaklumkan kepada Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Majlis Tertinggi juga tidak pernah dimaklumkan tentang berapa jumlah dana yg diterima dan siapa yg beri. Bermakna PKR sendiri pun tidak pernak memaklumkan ahli bawahan dan AMT PKR tentang dana politik PKR.

Jadi persoalannya ditimbulkan oleh pembangkang mengenai  dana Arab Saudi kepada kerajaan  Barisan Nasional sama juga kaedahnya  apabila PKR dan DAP  yang menerima  dana dan tidak memasukkan dana tersebut kedalam akaun parti. Jika  ini dilakukan  seharusnya  ianya akan dimaklumkan kepada ahli parti. Jika dimasukkan ke dalam akaun parti mesti perkara ini kena maklum kepada AMT PKR serta Bank Negara dapat kesan transaksi tersebut dari siapa dan berapa jumlahnya.

Sudah pastinya PKR dan DAP memasukkan dana tersebut atas nama proksi dan individu yang dipercayai untuk memegang amanah   tersebut. Jika kita tanya DAP dan PKR adakah mereka masukkan ke dalam akaun parti dana pilihanraya yang mereka terima sudah tentu jawapannya tidak.

Jadi isu berkaitan dan  RM2.6 billion yang diterima oleh  Najib bukan isu sebenarnya, dan ianya telah dilakukan oleh PKR dan DAP apabila menerima dana dari agensi luar Yahudi Israel untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya.

Sepanjang 22 tahun memerintah , pernah atau tidak Mahathir membuka mulut dari mana dana pilihanraya yang dia  dapat selama ini dan dimanakah wang tersebut disimpan dan berapa jumlahnya  tiada saorang pun tahu.

Tetapi sekarang kita sedang melihat bagaimana PPBM yang diketuai oleh Mahathir sedang mengutip derma pilihan raya dari rakyat yang miskin  untuk membantu sumber kewangan parti. Lawak bukan?

Sedangkan kita tahu sebelum ini terdapatnya berita dari beberapa sumber mengatakan pemimpin PPBM menyalurkan RM1 billion kepada pemimpin DAP. Masakan untuk menghadapi pilihanraya  terus  meminta derma dari rakyat?

Untuk menjadi  popular Mahathir cuba memainkan isu RM2.6 billion dan menjadi tukang fitnah bagi pihak pembangkang. Secara jujurnya  Najib mengakui bahawa dana tersebut datangnya dari sumbangan Raja Arab Saudi.

Tapi hakikat yg kita semua tahu, Raja Saudi sendiri turun datang buat lawatan rasmi ke Malaysia serta memperjelaskan isu berkaitan dengan derma yang disalurkan . Malah Arab Saudi turut buat pelaburan baru di Malaysia bernilai berbilion-bilion ringgit sebagai tanda sokongan terhadap pentadbiran yang diketuai oleh  Najib Razak.

Kesimpulanya, fitnah dan persepsi yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang tiada ada garis pemisahnya. Mereka akan terus melakukannya sehingga hancurnya sebuah Negara yang makmur dan aman ini menjadi porak peranda.

Justeru itu Allah berikan kita akal yang waras untuk kita menilai  segalanya, carilah maklumat seberapa banyak yang boleh dengan membaca dan mengkaji dan bukan hanya asyik mendengar kata kata  kosong yang penuh dengan pembohongan sahaja.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *